bukakla topeng tu.....
A pa guna kita ni hidup , kalau kita hidup dengan penuh penipuan . Tipu sana , tipu sini , tipu depan , tipu belakang . Akhirnya , hasil daripada perlakuan kita ni memakan diri sendiri . Biasanya , orang yang suka menipu ni dia ada sikap tamak yang sangat - sangat dalam diri dia . Merasakan bahawa dia perlukan suatu jalan mudah untuk mencapai matlamatnya maka diambil jalan yang paling simple iaitu menipu . Walaupun pada hakikatnya dia berjaya memperolehi apa yang dia nak , namun pada hakikatnya dia takkan mengerti hakikat kebahagiaam yang sebenar. Sebab segala kebahagiaan dia perolehi , hanyalah khayalan semata - mata . Kebahagiaan yang terhasil daripada kepura - puraan maka nikmatnya juga adalah sandiwara . Tabiat menipu ni memang takleh lari la daripada semua orang . Siapa je yang tak pernah menipu ? Habaq mai sikit ... Cek nak tengok sapa yang rasanya jujur sangat tu . Tapi takdela sampai sanggup kita khianat pada mana - mana pihak pun . Mungkin masa budak ...