bukakla topeng tu.....






Apa guna kita ni hidup , kalau kita hidup dengan penuh penipuan . Tipu sana , tipu sini , tipu depan , tipu belakang . Akhirnya , hasil daripada perlakuan kita ni memakan diri sendiri .

Biasanya , orang yang suka menipu ni dia ada sikap tamak yang sangat - sangat dalam diri dia . Merasakan bahawa dia perlukan suatu jalan mudah untuk mencapai matlamatnya maka diambil jalan yang paling simple iaitu menipu .

Walaupun pada hakikatnya dia berjaya memperolehi apa yang dia nak , namun pada hakikatnya dia takkan mengerti hakikat kebahagiaam yang  sebenar. Sebab segala kebahagiaan dia perolehi , hanyalah khayalan semata - mata . Kebahagiaan yang  terhasil daripada kepura - puraan maka nikmatnya juga adalah sandiwara .

Tabiat menipu ni memang takleh lari la daripada semua orang . Siapa je yang tak pernah menipu ? Habaq mai sikit ... Cek nak tengok sapa yang rasanya jujur sangat tu . Tapi takdela sampai sanggup kita khianat pada mana - mana pihak pun . Mungkin masa budak - budak dulu pikiran tak matang lagi . Masa tu , akal masih pendek . tak mampu nak pikir kedepan lagi , jadi tu lain ceritalah . Mungkin lepas dah didik sehingga matang dan tahu membuat pertimbangan yang baik sampailah betul - betul matang , barulah sikap tu tak boleh dimaafkan .





Ramai yang tak sedar bahawa orang yang menipu ni sebenarnya tak untung banyak pun . Kalau untung pun , keuntungan dia takkan berkembang . Sebab usaha dia tak berkat . Dan lebih parah kalau dia sanggup menipu bangsa , agama dan negara dia sendiri . Itu memang sangat dahsyat . Macammana dahsyat kita sendiri boleh bayangkanlah.

Kalaulah semua orang dikurniakan firasat untuk membaca segala apa yang terbuku kat dalam hati tu , nescaya takkan ada orang yang berani nak menipu . Tapi Allah lebih mengetahui segala aturan yang telah dikurniakan pada hamba - hambanya .

Takkanlah kita ni biler dah kantoi baru terhegeh - hegeh nak menyesal , taknak menipu lagi . Ingat ! pada ketika masyarakat tahu yang kita ni penipu , masa tulah kalau kita nak jujur tahap sampai ke langit pun orang dah takkan pandang kita lagi . Apa yang kita buat confirm semuanya orang pangkah .

Sebab itulah juga , kejujuran itu sangat mahal . Jujur ni takleh buat - buat , dia datang daripada hati yang suci dan tulus ikhlas . Mungkin ramai sebenarnya yang paham apa itu jujur . Tapi ramai sebenarnya yang tak pentingkan kejujuran . Bagi mereka , penipuan itu adalah lebih manis daripada menelan kejujuran .

Cumanya , biler kita nak melakukan sesuatu tindakan tu , lakukanlah tindakan tersebut sesuai dengan situasi yang kita hadapi . Sebagai contoh tentera israel datang nak bunoh mak kita , time tu takkanlah nak jujur jugak . Tapi tak bermakna dibolehkan dalam semua hal. Dalam bab ni kena studi elok - eloklah.

Saya bukan tekankan bab yang bercabang tu . Cumanya , nak kita kembali pada asalnyalah iaitu menipu ni memang merupakan satu sikap yang keji dan sangat terkutuk .

Bagi para penipu , pengklentong , kaki putar belit dan lain - lainlah panggilan untuk para penipu sekalian . Anda kena ingat bahawa segala penipuan yang anda lakukan tu , takkan menjamin anda akan selamat di dunia , dan lebih - lebih lagi jugak akhiratlah surely . Once , anda terlepas di dunia , maka siap sedialah peguam yang boleh backup anda kat akhirat . Mana tau , kot - kot ada harapan .

Wallaualam.....


salam ramadhan..... 



Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.