dah redy ke......
Zaman sekarang ni, cuba kita tanya kawan kita , agak - agak dia kira tak Ramadhan berapa hari lagi ke ataupun tiba - tiba je da puasa .... huhuh...
ataupun adakah kita sendiri yang tak amik kisah....
takpelah , kalau kita ni pun bukan jenis yang suke tengok kalendar Islam .... Apakah kita sudah bersiap - sedia menghadapi bulan Ramadhan yang bakal tiba.....
Saya tertarik dengan sebuah analogi daripada seorang ikhwah yang memberikan taujihat baru - baru ini , di dalam penyampaian beliau , beliau memberikan sebuah situasi dimana berlakunya suatu event iaitu kehadiran sultan ke tempat kita sepertimana yang berlaku di kebanyakan tempat , sudah tentunya para ad-hoc bertungkus - lumus menyediakan segala persiapan dengan rapi dan teratur dan sudah pastinya akan memastikan bahawa kehadiran sultan tersebut mestilah disambut dalam keadaan tiada cacat dan celanya....
Jadi , sebegitulah rupanya yang sepatutnya kita perlakukan terhadap bulan Ramadhan yang mulia yang bakal tiba tak lama lagi . Apakah persiapan yang kita lakukan dah cukup sempurna ? Adakah kita dah betul betul habis panas badan untuk Ramadhan yang akan datang......?
Untuk saya men-detail-kan soalan saya , contohnya berapa banyak kali kita dah khatamkan bacaan al-quran? ataupun adakah kita dah banyakkan berpuasa dan kurangkan makan dan minum?
sama -samalah kita muhasabah diri kita .
Moga - moga matlamat kita untuk Ramadhan kita yang bakal menjelang ini , akan tercapai dengan pernah cemerlang dan barakah.....
Sesungguhnya hasil kejayaan tarbiyah di bulan Ramadhan dapat dilihat sudah tentunya sesudah tamatnya bulan Ramadhan.......
wallahualam.....
Comments
Post a Comment