Mahasiswa dan ketundukan kepada tuhan
Mahasiswa merupakan salah satu daripada komponen penting
dalam membentuk kemajuan sesebuah negara samada negara tersebut negara maju
mahupun negara membangun . Ini adalah kerana di antara faktor – faktor yang
diambil dalam usaha untuk memajukan sesebuah negara ialah perlunya ada golongan
yang bijak pandai dan berfirkiran luas serta mampu untuk merancang satu
kemajuan bagi sesebuah negara dan antara golongan yang terlibat dalam faktor
tersebut ialah golongan mahasiswa .
Kita
sedia maklum dan tahu bahawa golongan mahasiswa merupakan golongan yang sedang
menyambung pengajian di peringkat tinggi iaitu peringkat universiti . Malah ,
sistem pendidikan yang berlangsung di peringkat mereka bukanlah sama seperti di
peringkat rendah mahupun menengah yang mana lebih menjurus kepada sekadar
belajar dan menjawab peperiksaan ,
tetapi lebih menjurus kepada kajian dan menghasilkan sesuatu konklusi
daripada kajian tersebut .
Seterusnya
, kita pergi kepada apa yang dikatakan ketundukan kepada tuhan . Secara
mudahnya, gambaran kasar yang boleh kita lihat daripada seseorang yang tunduk
kepada tuhan ialah kesan terhadap hati , akal , nafsu dan jasmaninya .
Mereka
yang tunduk dan patuh kepada tuhan sebenarnya memiliki suatu kefahaman yang
jitu akan keberadaan tuhan dalam hidup mereka . Mereka yang yakin dan percaya
bahawa berlakunya penciptaan alam dengan adanya sang pencipta yang maha agung
yang tiada tolok bandingnya sehingga menyebabkan mereka tunduk dan patuh kepada
Allah yang satu .
Maka
disebabkan itulah hati mereka sentiasa tenang dan tenteram serta sentiasa
dipenuhi dengan perasaan – perasaan yang baik
. Akal mereka pula akan sentiasa menimbang sesuatu perkara bukanlah
sekadar pada logik semata – mata , tetapi juga dipandu oleh wahyu yang telah
dibawa oleh baginda saw . Nafsu mereka pula akan selalu tunduk dan terkawal dan
juga tidak mudah menguasai diri mereka . Manakala jasmani mereka akan sentiasa
rajin bergerak melaksanakan perintah – perintah yang menciptakan alam ini tanpa
mengingkarinya .
Jadi , cuba kita beralih semula pandangan kita
terhadap golongan mahasiswa yang telah dibincangkan diawal – awal petikan .
Cuba kita fikir sejenak , apakah yang berlaku sekiranya seorang mahasiswa
tunduk dan kepada tuhan ? Apakah kehidupan mereka akan sama dengan golongan
yang tidak tunduk kepada tuhan ? Di sini sudah pastinya terdapat perbezaan yang
besar diantara mahasiswa yang tunduk dan yang tidak tunduk kepada tuhan .
Seorang
mahasiswa yang tunduk dan patuh kepada tuhannya sudah tentulah berpendirian
bahawa segala apa yang dilakukan di dalam hidupnya hanyalah semata – mata
kerana tuhannya termasuklah studinya , program – program yang disertainya ,
kajian – kajian yang dilakukannya dan segala perkara yang dia lakukan hanyalah
untuk tuhannya semata – mata . Maka , sudah pastinya dia akan melakukan perkara
tersebut dengan bersungguh – sungguh .
Selain
itu , perkara – perkara yang dirancang , difikirkan dan dirancang , semuanya
dibataskan dengan garisan syarak . Tidak berlaku suatu perkara yang terjadi
melampaui batasan syarak dan semuanya terkawal .
Mahasiswa
yang tunduk kepada tuhannya juga akan sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa
apa yang diterima dan dibawa , bukanlah sesuatu yang bertentangan dengan fitrah
dan kehendak tuhan contohnya liberalisme , pluralisme , ataupun hedonisme dan
sebagainya . Kerana mereka sedar bahawa yang berkuasa adalah tuhan yang
menciptakan alam ini dan mereka tahu apa yang akan berlaku sekiranya mereka
ingkar .
Mereka
juga akan sedaya – upaya membebaskan diri mereka daripada dibelenggu maksiat
dan hawa nafsu yang akan menyebabkan mereka berada di kedudukan yang hina .
Mereka sedar bahawa hiburan dan keseronokan bukanlah semata – mata untuk hidup
mereka tetapi sebagai suatu sampingan sahaja sekadar untuk menghilangkan
tekanan dan rasa penat .
Mahasiswa
yang tunduk kepada tuhannya juga akan sentiasa rajin menghulurkan bantuan
kepada sesiapa sahaja memerlukannya tanpa berkira . Malahan , mereka juga
diantara peserta yang menyertai program – program amal kebajikan kerana mereka
juga menyedari bahawa kurniaan yang mereka miliki bukanlah milik mereka sahaja
, tetapi juga untuk dimanfaatkan kepada orang lain .
Justeru
itu , mahasiswa tersebut tidak akan merasa sombong akan kelebihan yang ada pada
dirinya sebagai contoh , dia dianugerahkan sebagai pelajar yang paling tinggi
markahnya di dalam peperiksaan dan dia tidaklah merasakan bahawa tidak ada
orang yang boleh lagi mahu membetulkannya sekiranya dia melakukan kesilapan .
Dia tahu bahawa segala apa yang ada pada dirinya bukanlah haknya yang mutlak
dan pada bila – bila masa sahaja boleh ditarik semula .Dia juga sedar bahaw
kehadirannya daripada setitis air mani yang hina. Lantas , dia akan sentiasa
merendah diri dan sentiasa mensyukuri segala nikmat yang diterima.
Seorang
mahasiswa yang tunduk kepada tuhannya juga sedar bahawa keberadaannya di dunia
tidak kekal dan pastinya suatu hari nanti dia akan meninggalkan dunia ini dan
bertemu penciptanya . Dia juga tahu ketika mana dia akan bertemu dengan sang
penciptanya dia akan dipersoalkan tentang segala perkara yang telah dilakukan
sepanjang hayat yang telah dikurniakan kepadanya . Pastinya mahasiswa tersebut
kalau benar- benar sedar akan perkara ini akan melakukan segala macam persiapan
untuk menghadapi saat itu . Begitu juga segala apa jua yang dia hadapi pasti
akan dapat ditempuhi dengan baik dan tidak mengharapkan melainkan yang terbaik
semasa hidupnya.
Sebagai
kesimpulan , seorang mahasiswa perlu menyedari dan memahami akan hakikat
sebenar ketundukan dia terhadap tuhannya . Bukanlah tunduk terhadap tuhan hanya
terdapat dalam masjid dan ritual – ritual keagamaan semata – mata . Bahkan ,
lebih daripada daripada itu . Dia mestilah dalam keadaan tunduk kepada tuhannya
baik daripada lahirnya hinggalah saat dia bertemu tuhannya .
p/s : komen please ...
Comments
Post a Comment