jihad : antara kefahaman dan perlaksanaan
Seorang sahabat saya pernah memberikan sebuah memberikan taujihat di dalam suatu program yang telah dijalankan bagi menyusun dan merancang strategi sebagai persiapan agar kita semua mampu memperoleh natijah yang cemerlang di dalam imtihan dan kehidupan . Di dalam kalam taujihat (kata - kata nasihat) nya , beliau ada membacakan ayat al - quran yang berbunyi "....dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan sebenar - benar jihad , dialah yang telah memilih kamu..." ayat ini terkandung di akhir surah al - hajj , dan beliau telah mengupas beberapa perkara daripada ayat yang telah di highlight -kan daripada surah ini antaranya : 1. Jihad bukanlah apa yang disebut - sebutkan sebagai menghunuskan pedang dan mengangkat senjata sebagaimana banyak di salah ertikan oleh ramai pihak pada hari ni . 2. Apabila dikatakan jihad ianya boleh difahami melalui suatu gambaran yang menggambarkan seseorang yang mengerahkan segala tenaga dan usahanya dan merasa...