Tarbiyyah memupuk manusia menilai
Seorang bayi yang sudah mencapai setahun mahupun dua tahun sudah pastinya sudah mampu untuk merangkak ataupun merangkak . Namun , cuba kalau kita letakkan di hadapannya sebuah gula - gula dan juga sekeping wang kertas bernilai RM 100.00 . Apakah yang akan dia pilih ? Adakah dia akan memilih gula - gula yang manis itu ataupun sekeping wang kertas RM100.00 yang begitu bernilai . Sudah tentu - tentulah dia akan memilih gula - gula tu , sebab dia tahu yang gula - gula tu manis dan sedap dan dia pun tak tahu apa yang ada pada sekeping not RM100.00 .
Tetapi , kalau kita ajar dan didik bayi tu sampai dia faham yang RM100.00 tu boleh digunapakai untuk berbagai perkara , pastinya bayi tersebut akan memilih sekeping not bernilai RM100.00 itu tadi . Pada masa yang sama , bayi tadi takde pun diberitahu yang gula - gula tu sedap tapi , itulah fitrah manusia yang mana dia tentunya akan memilih benda - benda yang cantik dan menarik dari segi luaran untuk pertama kalinya apabila dia melihat sesuatu benda sebelum dia tahu nilai sebenar .
Macam tu jugalah yang berlaku di dalam kehidupan seharian kita . Apabila kita tidak dibimbing untuk memilih perkara yang tepat untuk dilakukan , maka kita secara adatnya akan memilih untuk mengikut citarasa kita sahaja tanpa mengira samada perkara tersebut memberikan kesan yang baik ataupun kesan yang buruk .
Pokok pangkalnya ialah kembali kepada bimbingan atau suatu istilah yang lain kita boleh sebutkan sebagai "tarbiyyah" . Kita sendiri boleh melihat di sekeliling kita perbezaan yang ketara di antara golongan yang menerima tarbiyyah dan tak menerima tarbiyyah .
Kita boleh umpamakan gula - gula itu , ibarat dunia sedangkan duit itu ibarat akhirat . Seseorang yang tak ditarbiyyah mungkin takkan faham kenapa kena pilih akhirat dan kenapa kena halakan pandangan menuju akhirat . Apabila saya samakan duit dengan akhirat itu tadi , kita boleh melihat sendiri kalau kita jadi bayi tu dan ambil duit tu , bukannya duit tu boleh makan pun , dan takde rasa manis pun . Dia akan merasakan lebih baiklah ambil gula - gula tu , boleh makan , sedap pulak tu .
Begitulah orang - orang yang lebih memilih jalan duniawi , dia hanya melihat apa yang berada di hadapan matanya sahaja tanpa merasakan bahawa dia akan mengalami kerugian yang lebih besar kalau dia memilih akhirat . Apabila habis ditelan gula - gula tu , hilanglah segala kemanisannya . Dunia pun macam juga , apabila sampai suatu masa nanti segala nikmat yang ada akan hilang dan ianya tak kekal lama . Yang kekal hanyalah di akhirat kelak .
*olahan dan penambahan daripada bayan seorang ahli jemaah tabligh yang berasal dari Lubnan...
Comments
Post a Comment