walaupun Lain, tapi....

sesiapa yang mengambil jurusan syariah islamiah pastinya akan bertemu dengan pelbagai tajuk dan perbincangan yang merangkumi segala macam jenis isu dan masalah . Di dalam pertemuan tersebut para penuntut jurusan ini tidak akan lari daripada perkara yang disebut ushul dan furu atau nama yang lebih simple iaitu perkara pokok dan cabangnya .

perkara - perkara pokok ialah perkara - perkara asas dan lahir daripada nas yang qot'ie iaitu sumber dalil daripada al - quran dan sunnah yang jelas maksudnya dan tiada perbahasan atau perdebatan di dalam memahami nas ( teks ) tersebut . Contohnya macam perintah mendirikan solat fardhu . Dan perkara - perkara pokok ni kebiasaannya menjadi suatu perkara yang ijmak ( disepakati ) .

Berbeza pula dengan perkara - perkara furu ( cabang ) iaitu suatu perkara yang lahir daripada nas ataupun dalil - dalil yang kurang jelas maksudnya kerana ayatnya berbentuk umum dan tidak ditentukan hadnya . Contohnya di dalam bab solat fardhu asasnya ialah mendirikan solat fardhu itu wajib tetapi yang menjadi cabangnya ialah adakah seseorang itu perlu membaca surah al fatihah secara keseluruhan ataupun secebis sahaja . 

Di sinilah kita akan lihat , wujudnya beberapa pandangan yang berbeza yang tidak ijmak ( sepakat ) dan berlakunya ikhtilaf ( perbezaan pendapat ) . Maka , setiap daripada kalangan ulama daripada mazhab tertentu akan mengeluarkan ro'yu ( pandangan ) masing - masing berserta hujah dan dalil daripada nas ( al - quran ataupun sunnah ataupun ijma' ataupun qias ) untung menyokong ro'yu masing - masing .  

Sesudah selesai mengeluarkan pandangan dan hujah , berlakulah pula proses pentarjihan ataupun kalau dalam konteks bahasa kita bolehlah kita sebut proses memilih pendapat yang paling kuat . Dalam proses pentarjihan ini , seseorang itu hendaklah memilih pendapat bukan atas dasar nafsu mahupun suka - suka , tetapi dia haruslah memikirkan kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang . Dan doktor saya juga pesan supaya tidak membuat pemilihan atas dasar taksub . Pilih bukan atas dasar siapa tetapi atas dasar apa yang terbaik . Cuma  , bagi mereka yang masih tak yakin ataupun dalam situasi sebagai orang awam eloklah untuk mengikut ( bertaqlid ) kepada imam mazhab masing - masing atas alasan mengelakkan dari berlaku fitnah dan sebagainya . 

Selepas dah bercerita panjang mengenai gambaran daripada apa yang dihadapi oleh para penuntut jurusan syariah , kita akan dapati beberapa noktah  penting yang perlu ada pada seseorang yang menuntut di dalam jurusan syariah islamiah . Antaranya : 

  • perlunya seseorang itu mempunyai sikap berlapang dada terhadap perbezaan pendapat sebab perbezaan tu bukanlah datang daripada perkara yang salah dan betul , tetapi perbezaan itu datang dalam bentuk perbezaan penafsiran sahaja sedangkan dalil yang digunakan masih lagi mampu untuk berhujah . 
  • utamakan ilmu daripada nafsu , sebab nafsu itu pastinya akan membinasakan seseorang yang berilmu . Kebanyakan orang yang berilmu yang binasa adalah disebabkan ketundukannya kepada hawa nafsu .
  • Jauhi taksub sebab ia akan membutakan mata hati seseorang dalam menerima kebenaran , apabila sudah taksub , itu hanya akan menutup pintu perbincangan dan masalah akan sentiasa berulang . 
dan mungkin juga banyak lagi noktah lagi yang korang boleh korek lagi . 

Tapi , apa yang akhirnya saya nak tekankan ialah kita mestilah berakhlak di dalam setiap perkara lebih -lebih lagi sikap berlapang dada dalam perbezaan pendapat . Sekurang - kurangnya kita belajar menerima kelainan . Sebab tu tak cukup sekadar belajar je , tapi kena ada akhlak yang ditarbiyah juga . Ada suatu ungkapan yang agak masyhur iaitu :

"barangsiapa yang bertafaqquh tetapi tidak bertasawuf, maka dia akan menjadi fasiq "

Kita bukan nak menghukum sokmo , tetapi kita nak menyelesaikan masalah dan memikirkan maslahat ( kebaikan ) umum . Kalaupun ber-akademik tetapi tidak berakhlak , ia akan menjadi tidak murni . 

Setelah menyebutkan banyak - banyak benda tadi apa yang saya nak bawak juga ialah nilai daripada apa yang belajar daripada jurusan yang kita sertai . Ingatlah , apapun jurusan yang berada di tangan kita bukanlah semata - mata untuk bekerja tetapi adalah untuk mendidik kita dan menjadikan kita seorang insan yang mampu memberi manfaat buat masyarakat . 

Ingatlah , kita hidup di dunia ni bukan sorang - sorang , kita ada ahli keluarga , saudara - mara dan juga komuniti . Kalau kita tak mampu nak bagi manfaat , macammana nak jadi makhluk yang saling melengkap .








quotes:

"bukankah kelainan itu unik"

p/s : kalau ada apa - apa yang saya tertinggal pada bahagian awal tadi bolehlah sesiapa menambah di ruangan komentar.....


Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.