Di Sebalik Sebuah Kemenangan





"kita kena menang ni !"

Itulah biasanya lontaran perasaan setiap orang yang menyertai mana-mana pertandingan atau terlibat dalam mana-mana persaingan . Nyatalah , setiap insan yang normal pastinya akan sentiasa bercita-cita untuk mencapai apa sahaja yang diinginkannya . Kalaulah orang tu nakkan kereta , tentulah dia akan berusaha macammana cara sekalipun , asalkan dia dapat kereta tu . Kalau orang tu positif , dia akan kumpul duit, kerja siang malam, menabung dan banyak lagi . Tapi , kalau dia negatif dan berfikiran pendek , tentunya dia akan lalu jalan pintas sahaja . Samada curi atau tipu orang dan apa - apa sahajalah cara sekalipun, asalkan mudah tapi tak ikut syarak .

Apa kena cerita pasal kereta dengan menang ni . Nak ceritanya kereta tu satu contoh yang besar . Biar kita berimpian besar . Tapi , apa kaitan dengan menang ? Di sini , apa yang saya nak tujukan sebenarnya disebalik perkataan kawan yang beriya-iya nak menang tadi tu , saya analogikan dengan kehendak manusia yang sangat kuat . Manusia ni , sangat beruntung sebab ada kehendak dan ada juga akal untuk menimbang sebaiknya kehendak yang lahir tadi , samada perlu dipenuhi atau tidak , dan untuk menyusun strategi nak capai kehendak tu.

Sebenarnya ada satu lagi noktah lain yang cuba saya nak bawak daripada perkara yang saya dah bebel banyak-banyak tadi . Perasan tak , disebalik kita sibuk-sibuk nak sangat capai kita punya target tu , kita juga kena memikirkan tentang orang-orang di sekeliling kita . Jangan hanya kerana nak capai kita punya gol , kita boleh jadi pecah-belah dengan orang-orang di sekeliling kita samada kita mendengki , mengasingkan diri, bergaduh , salah-menyalahkan . Sepatutnya , kalau kita ada cita-cita kita patut orang di sekeliling kita , kita umpamakan batu-bata yang saling mengukuhkan sebuah blok yang cantik dan indah .

Kesedaran ini adalah berasal daripada perbualan bersama dengan seorang kawan . Begini,

"Macamana kita nak menang ni ek?!"

"Alah, buat apa menang kalau sesudah habis pertandingan nanti semua pecah-pecah . Baiklah kalau tak menang pun tapi ikatan kita masih kuat, itu lebih bermakna ."

Itulah sebenarnya pengajaran yang saya dapat daripada kawan saya tadi . Kata-katanya penuh dengan kematangan . Bukanlah saya nak meremehkan usaha orang yang bersungguh-sungguh . Cuma kita pandailah nak ketatkan dan longgarkan mana-mana bahagian yang patut dalam hidup ini.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.