habis dan tamatkah?
Pernah dapat sijil penyertaan ? Biasanya kita akan dapat sijil untuk menandakan bahawa kita sudah menamatkan suatu penyertaan dalam sebuah program , bukan? Ataupun sebab kita adalah membuat jasa dan bakti ataupun cemerlang dalam studi dan macam - macam lagi .
Selalunya di sekolah - sekolah pastinya ada pertubuhan yang berunsurkan dakwah sebagai contoh , badan dakwah , persatuan agama islam dan apa - apa persatuan yang guna nama islam untuk kegiatan kokurikulum di sekolah . Tujuannya lebih kepada melatih para pelajar untuk aktif dalam kepimpianan dan bukan sekadar bergiat aktif di dalam pembelajaran di dalam kelas sahaja .
Murobbi saya pernah ketengahkan suatu isu mengenai mereka yang mengikuti kursus atau program dakwah yang berbentuk semasa ( macam kem dakwah atau kem naqib ) dan selepas habis program , pastinya mereka akan dianugerahi sijil sebagai tanda mereka sudah berjaya menamatkan program tersebut selama mana program tersebut berjalan .
Namun , timbul suatu persoalan . Adakah mereka cukup terhenti sehingga di situ sahaja ? Balik rumah , penat , rehat dan tidur . Besoknya , sambung pergi sekolah , kerja dan sebagainya .
Sebenarnya dakwah itu bukan cukup sekadar kita pergi ke program dakwah sahaja , atau pergi ke usrah sahaja . Bahkan dakwah itu tiada sebenarnya istilah graduasi . Contoh yang paling jelas ialah Rasulullah saw yang telah berdakwah sepanjang hayatnya . Dan , baginda saw dalam berdakwah bukanlah berada di zon yang selesa pun . Setiap hari , ada sahaja masalah yang melanda .
Tambahan , dakwah itu seperti yang saya sebutkan tidaklah berpada dengan mengikuti sahaja . Kalau disebutkan dakwah sifatnya ialah harakah iaitu bergerak dengan cara menyampai dan mempraktikan segala amal yang telah difahami dan diketahui .
Seseorang yang telah menyerahkan dirinya kepada jalan dakwah haruslah redha akan segala keperitan dan kepahitan yang bakal ditelan dan dihadapi . Mengikut Syeikh Mustafa Masyhur ,
"jalan dakwah itu bukanlah jalan yang dibentang dengan bunga - bunga tetapi penuh duri dan onak . Apabila sudah berdiri di atas jalan ini , segala keindahan tidaklah akan terbayangkan melainkan keindahan syurga ."
inikah jalan yang ditaburi debunga itu? |
Seorang akh ketika berbual dengan saya dengan mengatakan ,
"kalaulah orang tanya ana sampai bila ana nak ikut program (ikut dakwah) , maka ana akan jawab , ana berprogram sampai mati"
sidang pembaca yang budiman ,
Menyerahkan diri kepada Allah adalah suatu perkara yang menjadi kemestian bagi seorang hamba yang tawaduk dan merendahkan diri di hadapa-Nya . Saudara sendiri tahu takrifan Islam itu ialah menyerah manakala Muslim pula bererti orang yang menyerah .
Kita menyerah dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan syarak dan , penyerahan diri yang paling besar ialah menyerahkan seratus peratus diri kita untuk agama Allah , dengan usaha untuk memakmurkan segala perintahnya di seluruh pelusuk bumi . Itulah yang dikatakan bahawa manusia itu "khalifah" di muka bumi.
Maka , seseorang yang berhajat untuk melibatkan diri dalam kegiatan dakwah hendaklah bercita - cita untuk memastikan Islam itu akan menang suatu hari nanti dan membuatkan seluruh manusia tunduk di bawah kuasa Islam . Tolakan yang paling kuat untuk itu , ialah ganjaran mati syahid yang sangat sangat besar kelebihannya . Mati yang tiada hisab ke atas si mati . Belum pun jumpa kiamat sudah mendapat kemuliaan .
Sekian , sedikit perkongsian dariapda seorang saudara yang sentiasa berada di sisimu.
Comments
Post a Comment