hati persis rambut
sekadar coretan ringkas ,
Pernah suatu ketika saya menjadi seorang yang sangat menjaga kekemasan rambut , dan saya amat tekun merapikan dan meratakannya setiap masa sehingga merasa sangat tak selesa kalau ada sehelai pun terganggu dek angin mahupun air .
Pada suatu hari , saya berazam untuk menjadi seorang yang mulazamah ( sentiasa ) keadaan berwuduk . Maka , saya terfikir kalau asyik berwuduk sahaja barangkali payah nak jaga rambut . Dari situ timbullah suatu kesedaran dan saya merasakan ia bagaikan suatu quotes ,
"rambut ni kan , kalau tak kemas boleh sikat "
Terbitnya statement simple dalam hati kecil saya menyebabkan saya tesedar daripada beberapa perkara .
Antaranya ,
1. Kenapa perlu takut mengorbankan sedikit benda yang boleh diperbaiki semula untuk mendapatkan nilai yang lebih besar.
2.Kalau berlaku apa - apa kerosakan akan sentiasa ada sahaja cara untuk memperbetulkannya
3.Hidup ni sebenrnya banyak cara untuk membuat pilihan
4.Kita sebenarnya boleh mendapat apa yang kita nak kalau kita benar - benar merancang
5.Kadang - kadang dan boleh jadi selalu untuk kita mendapat lebih daripada satu keuntungan untuk setiap masa
apabila saya kaitkan dengan hati maka inilah pula hasilnya ,
kita selalu melihat apabila seseorang itu sentiasa menjaga kekemasan rambut , maka dia akan memastikan rambut tidak serabut dan kusut dan dia akan merasa segan , kalau - kalau ada yang ternampak dia sebegitu rupa . Apanila rambutnya panjang dia akan segera potong dan buang mana - mana bahagian yang menampakkan dia tak kemas .
bagaimana pula dengan hati , apakah kaitannya?
Saya kaitkan dengan hati orang yang beriman , hati orang yang beriman percaya dan yakin bahawa hanya Allah yang mengetahuinya . Dan , seorang mukmin itu sangat segan apabila merasakan Allah sedang melihat hatinya yang serabai dan serabut serta tidak tentu hala . Lantas , bersegeralah sang mukmin itu memperkemaskan hatinya dengan amal - amal fardi yang berbentuk solat , bacaan al -Quran , zikrullah , menghayati ciptaan Allah , dan segala bentuk amal yang menjernihkan dan mengemaskan kedudukan hatinya .
Kemudian , apabila hatinya mula menumbuh cabang - cabang kekufuran dan kemaksiatan , dengan segera dia berjumpa tukang gunting yang akan menggunting cabang - cabang yang merosakkan pemandangan hati yang sepatutnya hanya mekar dengan cahaya keimanan . Diguntingnya cinta kepada dunia , nafsu kepada wanita , harta , . Dicukurnya jahiliah dan kekufuran yang melekat di tengkuk hatinya .
sebelum saya menggulung , janganlah kalian ingat saya ni suka cover sangat . Bukankah ada suatu ungkapan yang mengatakan ,
"sesunggunhnya Allah itu cantik dan dia sangat menyukai segala kecantikan"
dan juga penampilan juga sedikit - sebanyak mencerminkan hati ( tak wajib betul , boleh salah )
Comments
Post a Comment