Idea Merancang


"hidup saya mungkin takkan berjalan sepertimana yang saya mahu , tapi ia akan berjalan mengikut apa yang telah dirancang oleh Allah .  Lagipun Allah itu adalah sebaik-baik perancang , pembimbing . 
Maka teruslah berdoa"


"kita merancang , Allah pun merancang , maka Allah adalah sebaik-baik perancang"

"orang yang tiada agenda dalam hidupnya , maka dia akan dihanyut oleh agenda orang lain."

Sidang pembaca yang budiman,

Ada beberapa perkara yang boleh saya ta'likkan (ikat) mengenai isu rancang merancang ni .

1.Kegagalan seseorang untuk merancang itu umpama seseorang yang menempah tiket kegagalan.
2.Merancanglah walau seketika , sekalipun perkara itu kita akan lakukan 15 minit akan datang.
3.Jangan sesekali anda meletakkan satu pun perkara buruk atau jahat dalam perancangan anda , lebih-lebih lagi perancangan hidup.
4. Mintalah nasihat ibubapa , guru , kawan-kawan atau orang yang lebih tua dan matang sekiranya lemah untuk membuat perancangan atau demi mengemaskini perancangan.
5.Suatu kesilapan sekiranya kita merancang tanpa mengetahui hala tuju dan situasi semasa . Contoh , nak pergi buat aktiviti mandi kolam ketika bulan Ramadhan atau hanya rancang mahu baca buku tapi tak tahu untuk apa dibacanya buku tersebut.
6.Pastikan anda berdisiplin dengan perancangan yang telah anda persetujui.
7.Buang benda-benda yang tidak berfaedah dan perkara-perkara yang tidak mendatangkan keuntungan di dalam perancangan anda.
8.Merancanglah dengan penuh teliti .
9.Sediakan perancangan tambahan untuk menyelamatkan perancangan daripada terkandas . Bak kata orang,

"huruf tu kan ada A sampai Z , kalaupun rancangan A tak berjaya banyak lagi huruf lain."

10.Merancanglah dengan keikhlasan dan penuh kesungguhan.
11.Bertawakallah kepada Allah setelah anda benar-benar selesai melakukan perancangan dan jangan lupa untuk sentiasa berdoa.

Inilah sedikit sebanyak pesanan yang mampu saya senaraikan buat para perancang . Sekiranya anda ada idea yang lebih menarik boleh juga dikongsikan di kotak komen di bawah atau buat pos baru di blog anda ataupun di facebook, twitter dan laman sosial yang lain atau juga pm saya .

sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.