Kebelakangan ini timbul beberapa minat baru dalam diri sendiri. Sebelum ni macam ada terfikir benda ni, tapi tak pernah dapat idea untuk merealisasikan benda ni. Filem. Memang selalu menjadi tontonan setiap lapisan masyarakat. Tak kiralah, kanak-kanak, remaja, dewasa, mahupun golongan yang sudah berumur. Pastinya masing-masing mempunyai citarasa yang tersendiri terhadap filem yang ingin ditonton. Maka, saya berfikir. Bagaimana mahu mendapatkan faedah daripada menonton filem. Ia suatu perkara yang kalau kita kita bagaimana filem boleh mendatangkan faedah, kerana ia akan membawa maksud menonton filem memang sesuatu yang berfaedah. Kalau kita baca di mana-mana karangan peperiksaan yang ditulis oleh para pelajar apabila tajuk yang diminta ialah mengenai , "perkara-perkara yang tidak berfaedah", tentu sekali mereka akan meletakkan salah suatu elemennya ialah menonton filem . Maksudnya, semua orang sedia maklum, filem itu akhirnya membawa kepada suatu nat...