kalimah baik vs sedekah


Memang selalu kan kita jumpa jenis manusia yang suka mengunkit atau cakap benda-benda tak elok lepas dah tolong orang .

"kau ni, kalau aku tak tolong, memang meranalah hidup kau."

"kau tau tak dah berapa banyak aku habis sebab kau."

"kau ni manusia tak sedor diri ke apa."

"kau ni..."

dan banyak jugak kaulah. Semunya orang lain je yang salah. Mentang-mentanglah dia kaya, banyak duit. Tapi kadang-kadang bukan duit dia pun, duit makbapak je. Action je lebih.

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Kalau benarlah kamu mahu menolong, bagilah bantuan yang paling ikhlas. Kalau taknak tolong tak payah susah-susahkan diri. Benda ni selalu berlaku pada mereka-mereka yang tak ikhlas nak tolong, tapi sebab ego taknak nampakkan yang dia kedekut, dia memaksakan dirinya.

Sedara kena ingat ya, yang beri rezeki itu Allah!

yang menentukan jatuh bangun saudara itu juga Allah. Semuanya milik Allah. Kalau saudara-saudari nak buat baik, sia-sia je kalau matlamatnya hanyalah makhluk (manusia dan harta).

Sebaiknya matlamat kita ialah Allah, umpama slogan ikhwan muslimin,

"الله غايتنا"

Maka, saya menyeru agar kita kembali mengikhlaskan niat dalam usaha membantu sesama rakan. Kalau tak mampu mengeluarkan uang dan tenaga, cukuplah saudara mendoakan dia. Jangan pula sampai hilang perasaan nak tolong tu. Masih juga perlu. Nanti kita ceritalah pulak pasal amalan yang jadi habuk.
In sha Allah.

wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.