filem dan anda





Kebelakangan ini timbul beberapa minat baru dalam diri sendiri. Sebelum ni macam ada terfikir benda ni, tapi tak pernah dapat idea untuk merealisasikan benda ni.

Filem. Memang selalu menjadi tontonan setiap lapisan masyarakat. Tak kiralah, kanak-kanak, remaja, dewasa, mahupun golongan yang sudah berumur. Pastinya masing-masing mempunyai citarasa yang tersendiri terhadap filem yang ingin ditonton.

Maka, saya berfikir. Bagaimana mahu mendapatkan faedah daripada menonton filem. Ia suatu perkara yang kalau kita kita bagaimana filem boleh mendatangkan faedah, kerana ia akan membawa maksud menonton filem memang sesuatu yang berfaedah.

Kalau kita baca di mana-mana karangan peperiksaan yang ditulis oleh para pelajar apabila tajuk yang diminta ialah mengenai , "perkara-perkara yang tidak berfaedah", tentu sekali mereka akan meletakkan salah suatu elemennya ialah menonton filem . 

Maksudnya, semua orang sedia maklum, filem itu akhirnya membawa kepada suatu natijah yang tidak baik apatah lagi produktif. Tetapi, sehingga ke hari ini, pembikinan filem masih terus berjalan dan bilangan penonton dan peminat lama-kelamaan semakin giat meningkat.

Suatu pertembungan yang pelik sebenarnya. Istilah mudah yang saya fahami, 

"tak suka, tapi ambik jugak bahkan sayang."

Mungkin sebab filem yang dihasilkan kebanyakannya memang menghiburkan. Fitrah manusia , yang mana memang akan cenderung kepada perkara-perkara yang menyenangkan hati, sekalipun perkara tersebut buruk. Dan kita pun takkan mampu menghalang kalau ia memang dah menjadi tabiat.

Apa yang kita mampu lakukan sebenarnya ialah membimbing dan cuba untuk membina minat itu dengan baik.

Banyak je perkara-perkara yang diharuskan dalam Islam yang pada asalnya bukan daripada Islam , tetapi ia tidak melanggar hukum syarak.

Di antara keburukan menonton filem yang terbesar yang saya rasai ialah, bagaimana ia mampu menelan dengan rakus masa yang Allah bagi pada saya. Pada hemat saya , sepanjang tempoh menonton filem itu kalau saya gantikan dengan aktiviti berfaedah, ma sha Allah, sungguh hebat hasilnya.

Tetapi, saya tak boleh bayang bagaimana kejamnya saya melepaskan masa paling tidak pun 2 jam dengan perkara yang tak mendatangkan untung. Mungkin anda tak faham apa yang saya faham kalau anda benar-benar memahami erti tarbiyyah.

Seseorang yang sangat memahami tarbiyyah itu, hatinya tak pernah tenang selagi dia tak melihat Islam tertegak. Dan dia nampak, kalaulah sesaat dia leka, akan banyak lagi akibat buruk yang bakal menimpanya.

"sesaat aku longgar dan tak serius dalam dakwah, maka akan datang seribu ummat yang runtuh."

Itulah isi hati seseorang yang benar-benar memahami tarbiyyah.

Namun, bukanlah nak bajet bagus. Cubalah sendiri mengikuti program tarbiyyah secara serius . Program yang benar-benar menuruti manhaj Ikhwan Muslimin secara asli. Bukan celup-celup ye.

Kembali kepada insan yang sangat suka dan suka tonton filem ni, nak buat macamana kan. Takkan tiba-tiba nak suruh delete semua filem dalam external hard disk tu kan. Penat-penat download, terus nak suruh buang.

Oklah, terus je kepada point yang saya nak sampaikan. Banyak sangat bebel.

Kalau korang rasa tak boleh hidup tanpa movie, saya cadangkan gini je. 

1. Carilah movie-movie yang memang mengikut landasan Islam ataupun cerita yang takde unsur-unsur maksiat. Contoh ada adegan-adegan yang memang haram di tonton. Cerita kartun lah camtu. Eh, nanti dulu.

2.Kurangkan dan kalau boleh tak payahlah layan cerita-cerita cinta palsu tu. Kalau betul-betul si jantan tu sayang sangat kat pompuan tu, kahwin ajela.

3.Sebaiknya juga tonton movie yang ada motivasi dan memberi inspirasi, sekurang-kurangnya ada dapat sesuatu daripada movie tersebut. Banyak je orang putih buat, korang search la sendiri. Contoh , "10 film potrait genius"

4.Elok juga kalau menonton movie yang boleh mencabar minda. Yang mana, pengarahnya buat filem yang suruh berfikir sehingga menjadikan otak kita bekerja sambil bekerja tengok filem tu. Tak taula kalau ada filem yang suruh selesaikan masalah matematik ke.

5.Untuk point atas cuba terbalikkan. Jadinya, janganlah suka sangat tengok filem-filem yang tak mencabar minda langsung. Cerita tahyul dan khayalan. Tak pun cerita hantu yang khurafat tu. Last-last, jadi apa, makin percayalah dengan benda-benda karut dalam hidup. Lagi teruk bila ada cubaan untuk buat sama dengan benda-benda mengarut tu.

6.Untuk cerita yang ganas melampau pun, lagilah. Cuba habaq kat aku sikit mana faedahnya? Tengok darahla, tengok kepala putuslah. Dengar pun dah ngeri. Cerita camni yang selalu buat otak jadi lembap. Sebab tu ada had umur, tapi taktaula yang sampai had umur tu pun, mampu ke nak layan. Em, toksahla. Carila benda yang lagi elok.

7.Movie cetak rompak, yang tu, korang pandai-pandailah pikir sendiri.

8.Cukuplah cerita 7 benda tu. Tapi saya kalau boleh nak tekankan point 4,5 dan 6 je. 

In sha Allah, cubalah untuk berubah. Belajarlah untuk mencari erti hidup yang sebenar. Anda bukanlah diciptakan Allah dengan sia-sia. Ada tujuan anda diciptakan. Namun, sejauh mana anda mampu memahami erti hidup anda kalau anda bazirkan masa anda setiap hari menonton filem.

ada bangkangan?

wallahualam.


Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.