Thrash can.

Tong sampah ialah tempat untuk buang sampah. Yang selalu dibuang ialah benda yang memang kita dah taknak . Bila dah penuh kena kosongkan dan ganti plastik baru. Tak semua sampah perlu dibuang, ada je yang boleh di-recycle dan di re-reuse.

Kalau dalam diri manusia , ada juga sampah dalam diri dia , iaitu masalah. So, saya mendapat 1 analogi untuk orang yang banyak sangat masalah dan tekanan dalam hidup dia. Bermakna, dia mempunyai banyak sangat sampah dalam diri dia.

Untuk orang yang macam ni, pertama sekali dia haruslah mencari apa yang boleh menjadi tong sampah untuk mengemaskini hal keadaannya.

Tapi, ada suatu peringatan untuk orang macam ni. Janganlah dia jadikan tong sampah itu ialah kawan dia, atau sesiapa pun. Dan, semua jenis sampah dalam diri dia, dia buang pada kawan dia.

Ya Allah,

Alangkah teruknya perangai kau ni. Dah lah buang kat 1 tempat je. Lepastu, tak reti nak clear-kan. Sedarlah sikit, kawan kau tu manusia. Yang kau pi longgok banyak-banyak sampah kat kepala dia buat apa. Kau tak sedar ke, yang dia pun ada sampah dia.

Sekali sekala belajarlah macamana recycle ataupun reuse sampah tu. Bukan semua sampah takde function bro. Cuma, otak hang je mungkin kurang ram sampai takleh fikir lebih jauh.

Recycle dan reuse yang saya maksudkan di sini ialah, keupayaan kita berdikari untuk menyelesaikan masalah tu. Cubalah update sikit diri tu. Kalau rasa tak cukup ilmu lagi, pergilah menuntur ilmu.

Sebab tulah orang yang berilmu sangat dimuliakan. Mereka mampu berdikari. Mampu mengurangkan pencemaran minda. Dan mereka juga sangat kreatif hingga mampu untuk recycle dan reuse sampah-sampah tadi dengan syarat, ada ilmu lah.

Wake up,

Sampai bila lagi hangpa semua nak manjakan diri. Kemon -la, sampai bila mahu mengharapkan belas kasihan manusia. Setiap manusia tu kan ada batas kemampuannya. Yang takde batas tu hanyalah Allah taala sahaja. Untunglah jadi muslim, masih percaya pada Allah.

Pada hari ini, kita mampu berdiri teguh hanya kerana kita menongkat di atas kaki orang lain. Suatu hari dan suatu masa nanti, kita sendiri pastinya menghadapi saat dimana kita terpaksa berjalan di atas kaki sendiri. Masa tu, baru tau nikmat ke perit nak maju ke depan. Kalau ada untung, dapatlah berlari. Kalau kena merangkak, tak taula sampai agaknya.

Ingatan saya,

Dimana ada kemahuan , disitu ada jalan bang.

Berlakulah adil. Adil itu, meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kalau tidak adil, anda zalim.

Adakah anda mahu melayan sahabat anda seperti tong sampah atau tabung derma? Kalau anda layan sahabat anda macam tabung derma, in sha Allah, ganjaran Allah akan melimpah ruah.

Saya tak cakap layan tabung derma macam orang layan tabung derma yang beroda time solat jumaat tu. Time lalu je, terus buat-buat tidur. Ataupun macam budak-budak nakal tu, letak gula getah kat lidi, lepastu mencuri, itu haram ye encik.

Jadikan sahabat kita aset untuk kita masuk syurga. Itu lah maksud saya. Jangan suka fikir negatif tau. Be positif, please. Kita kan nak masuk syurga sama-sama. Takkan nak masuk sorang-sorang.

*minta maaflah kalau artikel ni terlalu kotor sebab banyak sampah. Ini tak bermakna otak si penulis penuh dengan sampah ye. Just melontarkan pandangan.

Comments

  1. Komentar :
    1) Isi baik dan perlu disusun dengan lebih baik.
    2) Elakkan penggunaan 'bahasa rojak' dan bahasa melayu 'rendah'
    Contoh; just,so,dah,nak,je,bang,tak, 1 (perlu ditulis 'satu')
    3) Elakkan menggunakan ayat suruhan dalam menasihat. Itu tidak membantu langsung. :)
    4) Baiki tatabahasa.
    Contoh; 'dimana' perlu dijarakkan. Di mana, di situ.

    p/s Kotor itu cantik.
    Cantikkan penulisan bahasa, pembaca tentu suka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.