Idea yang bagus.
Pernahkah anda mengalami situasi dimana seseorang melontarkan idea dan ideanya ditolak mentah-mentah. Namun, apa yang berlaku setelah lima atau sepuluh tahun kemudian ada orang lain yang menggunapakai idea yang ditolak tadi berjaya mencipta sebuah kejayaan yang besar dan melonjakkan dirinya di mata dunia. Rasanya, banyak sahaja berlaku situasi sebegini bukan? Dan si pemberi idea asal yang menyedari kejadian ini pastinya akan terdetik di hatinya, "ini idea aku dulu ni!" Tapi, kenapa agaknya beliau tidak mampu mengecapi kejayaan seperti orang kedua yang menggunakan ideanya setelah tempoh yang berlalu? Ada beberapa perkara yang dapat saya simpulkan daripada situasi yang berlaku daripada perkara saya telah nyatakan. 1. Berkemungkinan si pemberi idea yang asal gagal untuk memahamkan ideanya kepada orang lain dan meyakinkan mereka. Selalunya berpunca daripada gaya penyampaiannya sendiri yang tidak kukuh dan solid. 2. Kemungkinan juga, ideanya juga sebenarnya bukanlah...