Idea yang bagus.
Pernahkah anda mengalami situasi dimana seseorang melontarkan idea dan ideanya ditolak mentah-mentah. Namun, apa yang berlaku setelah lima atau sepuluh tahun kemudian ada orang lain yang menggunapakai idea yang ditolak tadi berjaya mencipta sebuah kejayaan yang besar dan melonjakkan dirinya di mata dunia.
Rasanya, banyak sahaja berlaku situasi sebegini bukan? Dan si pemberi idea asal yang menyedari kejadian ini pastinya akan terdetik di hatinya,
"ini idea aku dulu ni!"
Tapi, kenapa agaknya beliau tidak mampu mengecapi kejayaan seperti orang kedua yang menggunakan ideanya setelah tempoh yang berlalu?
Ada beberapa perkara yang dapat saya simpulkan daripada situasi yang berlaku daripada perkara saya telah nyatakan.
1. Berkemungkinan si pemberi idea yang asal gagal untuk memahamkan ideanya kepada orang lain dan meyakinkan mereka. Selalunya berpunca daripada gaya penyampaiannya sendiri yang tidak kukuh dan solid.
2. Kemungkinan juga, ideanya juga sebenarnya bukanlah tidak bagus, tetapi bukan datang pada masa yang sesuai. Pada masa itu, mereka yang mendengar ideanya menolak dek kerana tidak nampak kesesuaian yang ada untuk menerima idea yang dilontarkan pada saat itu.
Oleh itu, janganlah bersedih sekiranya idea yang anda lontarkan itu ditolak mentah-mentah. Sekiranya ia ditolak simpan dahulu baik-baik, kemudian cuba buat beberapa muhasabah. Manalah tahu boleh dipakai untuk masa yang akan datang.
Saya teringat seorang penceramah pernah menceritakan bahawa pada zaman sebelum telefon diciptakan, ada orang mengatakan kepada orang yang ada idea untuk mencipta telefon ni, "kau gila ke? Mana boleh!".
Tapi, lihatlah apa yang berlaku pada zaman sekarang idea yang orang kata gila itu, sudah direalisasikan dan telah dibuktikan dan juga seperti yang orang kata, "dah pergi jauh."
Maka, banyak lagi sebenarnya ruang untuk anda mencurahkan idea-idea anda yang bagus, sebab setiap hari pastinya akan timbul masalah-masalah baru yang juga masalah-masalah lama yang tidak selesai.
Saya merasakan ada satu masalah yang anda perlu cari idea untuk penyelasaiannya. Masalah tersebut tentunya tidak akan akan pernah selesai sehingga kiamat. Apakah dia?
"menegakkan Islam di muka bumi."
Mampukah anda mendatangkan idea untuk isu ini? Idea gilakah?
-sekiranya cita-cita kita tidak cukup menakutkan, maka sebenarnya cita-cita kita itu masih terlalu kecil dan tidak cukup besar lagi-

Comments
Post a Comment