3 benda dan 1 makna

Muhasabah, berfikir dan berangan.

Tiga benda yang selalunya akan bermain di fikiran. Namun, sejauh mana benda-benda ini boleh mendatangkan manfaat kepada diri seseorang.

Cuba lihat kembali lafaz yang akan timbul ketika proses ini.

1. Muhasabah,

"banyaknya dosa yang aku lakukan hari ini."

2.Berfikir,

"bagaimana agaknya kalau aku melakukan ini dan itu?"

3.Berangan,

"alangkah bagusnya kalau aku menjadi seperti ini."

Maka, tiga benda ini sebenarnya tidak akan memberi apa-apa untung sekiranya anda tidak ada langsung tindakan dan perubahan.

Apa yang boleh anda lakukan sebenarnya, samada anda menambah segala bentuk kebaikan dan berusaha mencuba untuk mencipta sesuatu yang boleh memberi kesan yang baik. Pada masa yang sama juga, anda harus berhenti dan meninggalkan segala bentuk perkara yang sia-sia dan tidak mendatangkan manfaat apatah lagi, benda yang akan menghalang anda daripada terus berjaya.

Inilah sebenarnya tujuan kita dikurniakan nikmat sebegini. Sekiranya kita mampu memanfaatkan segala bentuk nikmat yang dikurniakan, nescaya kita mampu memberikan impak yang lebih besar kepada masyarakat.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.