Mengapa anda memerlukan kawan yang soleh.
Sabda Rasulullah SAW mafhumnya, ”Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud) Sebuah hadis yang sangat berharga untuk dijadikan pedoman di dalam hidup. Di sini, saya ingin beberapa perkara yang menjadi kepentingan memlih sahabat atau kawan yang baik. 1. Kawan yang baik akan sentiasa memandu kita ke arah kebaikan dan menegah kita daripada mendekati perkara-perkara yang ditegah oleh agama Islam. 2. Kawan yang baik dan soleh merupakan kekuatan untuk kita terus-menerus istiqomah dan kekal di dalam kebaikan. Sesungguhnya melakukan kebaikan itu mudah tetapi melaziminya yang menjadi cabaran. Disebabkan kebaikan yang mereka istiqomahlah kadang-kala mampu menyuburkan kembali hati kita untuk terus melakukan kebaikan. 3. Kawan yang baik selalunya bukanlah kawan yang mampu bersama kita ketika senang sahaja, tetapi mampu juga untuk bersama kita ketika susah. Perhatikan...