Anak kecil yang takutkan neraka

Suatu hari seorang lelaki melihat seorang kanak-kanak sedang bermain di jalanan, tiba-tiba lelaki tersebut terlihat seorang anak kecil yang tidak bermain dan duduk berseorangan di tepi. Lalu, lelaki tersebut mengampiri si anak kecil dan bertanya,

"Mengapa kamu tidak bermain bersama kanak-kanak yang lain?"

Anak kecil itu menjawab,

"Aku merasakan bahawa hidup di dunia ini terlalu singkat dan tiada lagi masa untuk bermain-main."

Lelaki tersebut berasa hairan dengan jawapan tersebut, lalu berkata,

"Bukankah kamu masih muda dan mempunyai banyak lagi masa".

Apabila terdengar ucapan yang sedemikian, anak kecil tersebut membalas,

"Suatu hari, aku melihat ibuku menghidupkan api dengan kayu-kayu yang kecil sebelum meletakkan kayu-kayu yang besar. Yang aku takutkan ialah ketika di neraka besok Allah meletakkan kanak-kanak kecil untuk menghidupkan api sebelum membakar mereka yang dewasa".

Mendengarkan jawapan tersebut, lelaki tersebut berasa segan dengan sikap anak kecil tersebut. Walaupun masih kecil, namun mampu berfikiran sedemikian.






Comments

  1. mintak izin ambil artikel untuk masuk dalam web isma mesir...

    ReplyDelete
  2. perlu disunting lagi kalau nak masuk ke sana. ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.