Mengapa anda memerlukan kawan yang soleh.

Sabda Rasulullah SAW mafhumnya,

”Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.”

(Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud)

Sebuah hadis yang sangat berharga untuk dijadikan pedoman di dalam hidup. Di sini, saya ingin beberapa perkara yang menjadi kepentingan memlih sahabat atau kawan yang baik.

1. Kawan yang baik akan sentiasa memandu kita ke arah kebaikan dan menegah kita daripada mendekati perkara-perkara yang ditegah oleh agama Islam.

2. Kawan yang baik dan soleh merupakan kekuatan untuk kita terus-menerus istiqomah dan kekal di dalam kebaikan. Sesungguhnya melakukan kebaikan itu mudah tetapi melaziminya yang menjadi cabaran. Disebabkan kebaikan yang mereka istiqomahlah kadang-kala mampu menyuburkan kembali hati kita untuk terus melakukan kebaikan.

3. Kawan yang baik selalunya bukanlah kawan yang mampu bersama kita ketika senang sahaja, tetapi mampu juga untuk bersama kita ketika susah. Perhatikanlah, di dalam ramai-ramai kawan kita yang ada, berapa ramai yang mampu berkorban ketika kita kesusahan.

4. Kawan yang baik adalah kawan hendak berkawan dengan kita kerana Allah. Mereka yang berkawan dengan kita kerana Allah, apabila kita bertemu dengan mereka, pastinya hati kita akan tenang dan meraskan diri ini sangat dekat kepada Allah.

5. Kawan yang baik juga menyebabkan masyarakat di sekeliling juga memandang kita dengan pandangan yang baik dan mendapat kepercayaan mereka. Sekiranya masyarakat memandang baik terhadap kita, nescaya banyak urusan kita terhadap mereka menjadi mudah.

Namun, saya tidak menafikan keinginan kita untuk mendampingi kawan-kawan yang tidak baik dan kurang elok akhlaknya. Apa salahnya kalau kita datang berdamping bersama mereka untuk menjadi qudwah hasanah (contoh yang baik) dan memberikan kekuatan dan galakan kepada mereka untuk berubah dan menjadi baik serta melakukan kebaikan. Manalah tahu, disebabkan kelembutan kita menyebabkan hidayah Allah datang kepada mereka.



Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.