Datang kelas jangan tak datang.




Sekali-sekala kita bercerita tentang pelajaran sinonimnya mestilah kelas dan kuliah. Kalau pelajar al-Azhar sebut muhadaroh sebahagiannya. Lebih kuranglah juga maksudnya.

Selalunya, fenomena tidak hadir ke kelas tanpa sebab menjadi suatu kebiasaan dalam kalangan pelajar atau lebih mudahnya kita sebut sebagai ponteng kelas.

Sekiranya kita mempunyai urusan-urusan yang sememangnya tidak dapat dielakkan, tidak perlu berfikir panjang lagi untuk ke kelas atau tidak. Sepatutnya ia sudah difahami sejak awal lagi kita menddaftarkan diri kita sebagai seorang pelajar.

Kalaulah kita tidak ke kelas, ilmu manakah yang kita cedok?

Apakah kita mendapat ilmu ladunni yang datang secara langsung dari Allah SWT?

Kalaulah kita membaca sendiri, apakah sudah tentu kefahaman kita diiktiraf?

Kadang-kala, kita sudah berada di kelas namun dan tidak mampu menghadirkan jiwa kita ketika belajar tetapi, itu bukanlah alasan untuk kita lemah semangat dan berputus-asa untuk datang ke kelas.

Hadir ke kelas itu suatu tanggungjawab, manakala menghadirkan jiwa ketika berada di dalam kelas juga suatu keperluan. Sekiranya mempunyai masalah, berusahalah sedaya yang mungkin untuk menyelesaikan masalah itu.

Oleh itu, tiada rugi sebenarnya merajinkan dan menggerakkan diri ke kelas. Kita datang, bukan untuk bergaya atau menunjuk-nunjuk, tetapi untuk menuntut ilmu. Bukankah itu merupakan suatu amalan yang mulia? Daripada duduk rumah membuang masa dengan perkara-perkara yang sia-sia dan tidak menjamin masa hadapan.

Kaherah, Mesir.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.