Pemuda, Orang tua, dan wuduk.



Suatu ketika, di sebuah tempat mengambil wuduk.

Bunyi percikan air kian menyelubungi ruangan tersebut. Kanak-kanak, remaja, mahupun golongan yang sudah berumur, masing-masing sibuk mempersiapkan diri untuk menyambut kehadiran waktu solat yang semakin hampir.

Di saat itu juga, datanglah seorang pemuda memasuki tempat tersebut, sambil memerhati dan melihat. Pada masa yang sama, dia berbisik , "Mana pulak tempat yang sesuai untuk aku berwuduk agaknya?".

Ketika dia menoleh ke kanan dan ke kiri, terlihatnya akan sesuatu yang agak menarik perhatiannya. 

"Eh, lain macam sahaja orang tua ni berwuduk. Bukankah dia tidak sepatutnya melakukan hal sedemikian." Bicaranya di dalam hati.

Lantas, dia berfikir seketika, "Bagaimana caranya supaya aku dapat memberitahu pakcik ini supaya memperbetulkan caranya berwuduk?"

Lalu dia mendapat suatu idea, lantas menghampiri orang tua tersebut.

"Em, pakcik, minta maaf mengganggu. Adakah pakcik sibuk sekarang ini?". Sapa pemuda itu.

"Oh, tidak mengapa. Ada apa-apa yang pakcik boleh bantu?". Jawab orang tua itu.

"Begini, saya sebenarnya, tidaklah pandai sangat di dalam bab-bab agama ni. Mungkin banyak lagi saya tidak tahu dan tidak pasti. Jadi, saya nak minta sedikit pertolongan sekiranya pakcik sanggup?" 

"Silakan. Pakcik akan cuba tolong mana-mana yang pakcik tahu." Kata pakcik tersebut.

"Saya rasa, saya masih lagi tidak yakin, apakah wuduk saya ini masih benar-benar menepati rukun atau tidak. Jadi, kalau boleh minta pakcik tengokkan kalau ada tersilap, minta pakcik betulkan."

"Baiklah, pakcik akan tengok. Kamu bolehlah mula berwuduk." Ujar pakcik itu.

Maka, pemuda tersebut mulalah berwuduk. Bermula dengan membasuh tangan, kemudian menuruti rukun-rukun wuduk serta tidak meninggalkan perkara-perkara yang disunatkan.

Pemuda tersebut mengakhiri wuduknya dengan membaca doa wuduk.

"Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu hamba dan utusan-Nya. Ya Allah, masukkanlah aku di dalam kalangan orang-orang yang bertaubat, masukkanlah aku juga di dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh".

Lalu, pemuda itu bertanya, "Bagaimana dengan wuduk saya pakcik? Adakah ia lengkap?"

Pakcik tersebut pula menjawab, "Rasanya seperti tiada apa-apa masalah. Malahan, pakcik lihat kamu kelihatan cermat dan teratur ketika mengenakan air di anggota wuduk dan, pakcik rasa macam pakcik pula yang seolah-olah baru belajar berwuduk. Pakcik fikir, kalau dah macamni, sepatutnya kamu yang melihat bagaimana cara pakcik berwuduk."

Sejak dari hari itu, pakcik tersebut memperbaiki caranya berwuduk. Bahkan, dia lebih khusyuk di dalam berwuduk oleh sebab terkesan dengan sentuhan pemuda itu tadi.

Beberapa perkara yang kita boleh ambil sebagai pengajaran daripada kisah ini :

1.Beradab di dalam menegur orang yang lebih tua.

Mafhum daripada sebuah hadis,

“Bukanlah termasuk golongan kami orang yang tidak menyayangi orang muda diantara kami, dan tidak mengetahui kemuliaan orang-orang yang tua diantara kami” 

(HR. At-Tirmidzy dari Abdullah bin ‘Amrradhiyallahu ‘anhu, dan dishahihkan Syeikh Al-Albany)

Sumber

2.Menegur dengan tujuan yang baik, iaitu bukan untuk menunjuk pandai atau hebat.

3. Bijak di dalam menegur.

Seperti yang pernah disebutkan di dalam sebuah hadis ar-Rasul SAW :

"Berbicaralah kepada manusia sesuai menurut tahap kemampuan akal mereka."

4.Sentiasa memastikan wuduk di dalam keadaan yang sempurna demi menunaikan solat fardu.

Pernah diceritakan bahawa ada seorang sahabat yang diperintahkan untuk mengulangi solatnya sebanyak 3 kali, lalu beliau bertanya kepada baginda akan alasan baginda berbuat sedemikian. Maka baginda menyatakan bahawa kesilapan beliau ialah tidak menyempurnakan wuduk.








P/s : Cerita ini, diadaptasi daripada kisah bagaimana Imam as-Syafie Rahimahullah menegurseorang lelaki tua yang melakukan kesilapan ketika mengambil wuduk.












Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.