Sebelum ziarah, call atau tidak?

Zaman kini sudah moden, sudah tentu masalah pehubungan adalah sangat rendah.


Ziarah-menziarahi, seperti yang biasa kita dengari, memanglah merupakan sebuah amalan sangat mulia. Apatah lagi, sang penziarah memang datang bertandang demi merapatkan ukhuwah sesama saudara yang seakidah.

Akan tetapi, apakah ia menafikan hak tuan rumah yang patut juga dihormati?

Sebelum, kita meneruskan topik ziarah, ingin saya ingatkan bahawa saya bukan ingin menyekat mana-mana pihak agar menghentikan amalan ziarah yang biasa dilakukannya. Cuma, saya terfikir beberapa perkara berkenaan topik ini.

Secara jelas, manusia semuanya berbeza, sekalipun kembar. Pastinya ada perbezaan. Maka, di dalam topik ini, kita cuba pandang pada dua skop manusia.

1.Jenis yang peramah, terbuka dan tidak mengambil kisah.

Jikalau anda menziarahi orang seperti ini, maka anda tidak perlu risau. Datanglah, pada bila-bila masa yang anda suka atau masa yang anda berkelapangan. Nescaya mereka akan menerima kehadiran anda dengan penuh kegembiraan dan mungkin juga menganggap anda seolah-olah ahli rumah mereka.

Tidak perlu fikir untuk menghubungi sebelum datang atau tidak. Cuma, bawalah sedikit buah tangan untuk mereka. Oleh kerana sikap mereka yang begitu baik hati kerana sanggup melayan anda pada bila-bila masa, maka seharusnya anda menghargai jasa mereka.

2.Jenis yang cerewet, cermat, dan mengambil kisah akan setiap hal.

Boleh jadi, mereka ini adalah jenis yang mengharapkan kesempurnaan di dalam setiap perkara. Mereka amat sensitif sekiranya sesuatu perkara gagal disempurnakan dengan baik.

Mungkin juga, mereka mempunyai privasi-privasi yang ingin dijaga kerana mereka tidak mahu mendedahkan kebanyakan perkara kepada semua orang.

Sebaiknya, hubungilah mereka sebelum anda ingin menziarahi jenis orang yang sebegini. Dengan perbuatan sedemikian, anda mungkin mampu untuk mengelakkan daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Itu adalah di antara skop yang saya cuba bawa di dalam topik kali ini. Bukan bermakna, hanya ada dua jenis sahaja golongan manusia yang anda akan jumpa ketika berlakunya amalan ziarah. Namun, bagi saya, ini jenis biasa saya jumpa.

Pada masa yang sama, inilah masanya untuk anda mengenali individu yang anda ziarahi. Tidak rugi berkenalan dengan ramai orang. Saya ulangi, tidak rugi!

Sebuah kalam murabbi yang sangat agung yang boleh dijadikan pedoman, Sabdanya SAW mafhumnya,

"Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka eratkanlah tali sillatur-rahmi"

(al-Hadis)

Oleh itu, ayuh bersama kita murnikan amalan ziarah. Janganlah kita menjadi punca tercemarnya amalan ini, disebabkan kelemahan kita di dalam menjaga adab dan sopan. Bukankah bangsa Melayu juga terkenal dengan kesantunannya, apatah lagi yang beragama Islam.

Ziarah juga merupakan salah satu wasilah daripada wasilah-wasilah untuk menyampaikan dakwah. Ia juga sunnah ar-Rasul SAW.

wallahualam.


Semoga setiap pertemuan itu bermakna, tidak sia-sia.









Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.