Ada apa dengan ikhtilat, couple dan cinta.

"Berkatalah benar walaupun ia pahit"

Orang kata, zaman muda dan remaja merupakan zaman yang paling mencabar bagi setiap individu, apatah lagi apabila mereka diuji dengan sesuatu yang hadir sebelum sampai masanya, ataupun diuji dengan kemampuan mengawal perasaan agar tidak dilepaskan bukan pada tempat dan masanya. 

Biar video berbicara,

1. Tajuk : Cinta high class oleh Ustazah Fatimah Syarha.



2. Tajuk : Cinta Couple oleh Prof Dr Muhaya.



Nasihat : 

Zaman muda dan remaja merupakan suatu peringkat di dalam kehidupan setelah zaman kanak-kanak dan juga zaman sebelum dewasa, matang serta berumur. 

Pada zaman inilah setiap individu memiliki kekuatan yang padu dan boleh dikatakan juga gagah. Namun, alangkah sedihnya apabila seorang pemuda dan remaja tersebut tidak memanfaatkan kekuatannya untuk beramal soleh, mengajak kebaikan, menyampaikan dakwah, serta mempertahankan Islam sepenuhnya.

Bahkan, mereka lebih sanggup menyibukkan diri mereka, bersusah-payah dan berpening kepala demi seorang perempuan. 

Padahal, jika dimanfaatkan tenaga dan fikirannya, nescaya dia mampu pergi lebih jauh dan mencapai kejayaan yang lebih besar, bukan setakat buat dirinya, akan tetapi buat ummat, agama, bangsa dan negara Islam.

Saya akhiri pos kali ini dengan sebuah hadis yang amat masyhur. Sabda ar-Rasul SAW,

"Wahai sekalian pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan, maka berkahwinlah, sesungguhnya ia akan menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan, akan tetapi, barangsiapa yang tidak mampu, hendaklah ianya berpuasa, (kerana) sesungguhnya itu adalah yang seharusnya bagi dirinya."

wallahualam, moga Allah memberi petunjuk.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.