Bilakah kita sepatutnya lebih produktif.
Apabila telah selesai kebanyakan masalah, kita sepatutnya menjadi lebih produktif.
Contoh :
Contoh :
- Pada asalnya kita adalah seorang pejalan kaki. Maka, kita hanya mampu pergi satu atau dua sahaja tempat kerana kemampuan kita bergantung kepada masa yang digunakan.
- Namun, setelah kita berkenderaan, kita sebenarnya mampu pergi lebih daripada dua atau tiga tempat.
- Perkara yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pencapaian kita ketika berkenderaan sama sahaja sepertimana ketika kita merupakan pejalan kaki.
- Adalah sebaiknya pencapaian kita meningkat dan terus maju.
- Sayangnya, pada hari ini umat Islam bilangannya ramai, potensinya tidak kurang juga hebatnya.
- Akan tetapi, imej Islam tetap dipandang lekeh oleh golongan non-muslim.
- Bahkan, di dalam kalangan muslim sendiri ada yangtidak merasa bangga dan megah dengan Islam itu sendiri.
- Itu baru isu imej, belum masuk lagi isu-isu lain.
- Lebih menyedihkan, mereka-mereka yang diharapkan untuk memelihara agama ini pula seringkali menyibukkan diri ataupun disibukkan dengan isu-isu remeh yang tidak membawa kemaslahatan kepada Islam.
Nota:
- Ini hanya pandangan peribadi saya.
Comments
Post a Comment