Ruh solat itu adalah hati.
Apa-apa jua perkara yang memberi kesan kepada hati, akan memberikan kesan kepada solat kita. Kerana segala macam natijah yang terhasil daripada solat, adalah bergantung kepada keadaan hati mereka yang solat. Keadaan hati seseorang itu akan sentiasa berubah-ubah bentuknya pada setiap masa dan setiap waktu. Kerana kepada ia mudah terpengaruh dan terkesan dengan apa jua yang dilakukan oleh anggota-anggota luaran seperti mata, telinga, hidung, mulut dan apa jua yang berada di sekeliling. Maka, seharusnya menjaga hati itu adalah dengan memelihara anggota kita dan sentiasa menggerakkannya pada arah dan tujuan yang mulia dan murni. Sekiranya hati ini sentiasa dipengaruhi oleh unsur-unsur yang baik dan suci, maka, ia akan terus-menerus hidup dan mengembang. Sebaliknya, andai ia dicemari dengan perlakuan-perlakuan yang tidak elok dan sia-sia, maka, kian hari ia akan mejadi semakin sakit dan akhirnya mati. Hati seseorang yang mati menjadi punca solatnya lalai dan kosong. Tidak khusyuk dan...