Ruh solat itu adalah hati.

Apa-apa jua perkara yang memberi kesan kepada hati, akan memberikan kesan kepada solat kita.

Kerana segala macam natijah yang terhasil daripada solat, adalah bergantung kepada keadaan hati mereka yang solat.

Keadaan hati seseorang itu akan sentiasa berubah-ubah bentuknya pada setiap masa dan setiap waktu.

Kerana kepada ia mudah terpengaruh dan terkesan dengan apa jua yang dilakukan oleh anggota-anggota luaran seperti mata, telinga, hidung, mulut dan apa jua yang berada di sekeliling.

Maka, seharusnya menjaga hati itu adalah dengan memelihara anggota kita dan sentiasa menggerakkannya pada arah dan tujuan yang mulia dan murni.

Sekiranya hati ini sentiasa dipengaruhi oleh unsur-unsur yang baik dan suci, maka, ia akan terus-menerus hidup dan mengembang.

Sebaliknya, andai ia dicemari dengan perlakuan-perlakuan yang tidak elok dan sia-sia, maka, kian hari ia akan mejadi semakin sakit dan akhirnya mati.

Hati seseorang yang mati menjadi punca solatnya lalai dan kosong. Tidak khusyuk dan tiada perasaan seronok melakukannya.

Berlalulah solatnya seumpama tanah yang gersang. Tidak menatijahkan apa-apa hasil yang mampu dituai. Dicurahkan segala macam benih, tidak tumbuh dan tidak berkembang.

Sedangkan, solat yang dinamakan sebagai tiang agama itu sendiri, tidak kukuh dan selalu rapuh.

Solat yang dihadiri bersamanya hati yang hidup akan memberikan ketenangan di dalam kehidupan seseorang.

Solatnya itu akhirnya, mampu menundukkan diri sebagai hamba terhadap tuannya, iaitu Allah swt.

Solatnya juga, sentiasa menyebabkan dirinya berasa insaf akan kesalahan-kesalahan yang dilakukannya.

"Sesungguhnya, solat itulah yang mencegah dari perkara-perkara yang keji dan munkar."

Nota kaki :

-inspirasi ceramah Ustaz Nouman Ali Khan. Seorang penceramah berbangsa pakistan yang terkenal di Amerika Syarikat. Selalu berceramah menggunakan konsep linguistik quran. Kini, beliau berusaha membangunkan sebuah institusi di bayyinah.com

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.