Jangan Harapkan Orang Lain !






Kitalah yang seharusnya mengepalai usaha untuk mencapai impian kita.

Kita tidak perlu pun untuk mengharap akan ada orang yang mampu datang kepada kita untuk membangunkan impian kita.

Seharusnya, kita percaya bahawa kita mampu lakukannya. Kita percaya, kita mampu mencapai apa yang kita idam-idamkan. 

Kita jangan membataskan usaha kita untuk mencapai apa yang kita mahu.

Kita seharusnya keluarkan sepenuh usaha dan tenaga kita untuk mencapai apa yang kita inginkan. Habiskanlah, seluruh masa yang ada untuk usaha tersebut!

Kalau kita kita benar-benar merasakan itulah impian kita, seharusnya kita tidak sempat untuk merasa lemah semangat dan putus-asa untuk mencapainya.

Yang penting, kita benar-benar berani bermimpi dan berani menghadapi segala halangan untuk mencapai impian kita.

Janganlah ragu-ragu atau teraga-agak !

Ingatlah, impian kitalah merupakan daripada sebahagian perkara yang menjadikan kehidupan kita, berharga dan bermakna. 

Apa gunanya hidup secara statik dan tidak mencapai apa-apa. Merelakan diri untuk diperhambakan oleh impian orang lain.

Seorang Imam berkata,

"Orang yang menginginkan KEDUDUKAN TERTINGGI di akhirat, seharusnya mendapat kedudukan tertinggi di DUNIA."

(rujukan : Buku Al-Muntolaq, karangan Ustaz Abu Ammar).


---

*Namun, segala apa yang kita lakukan, janganlah sampai membatasi garisan syariah.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.