Quote | Berkenaan Kata-kata Kesat.



Ustaz Nouman Ali Khan mengatakan :

"Sebahagian orang yang tidak mempunyai kematangan dan kepintaran, lebih memilih untuk mengeluarkan kata-kata kesat berbanding kata-kata yang baik di dalam mengekspresikan perasaan mereka."

Sesungguhnya, setiap langkah dan tindakan yang kita pilih adalah cerminan kepada tahap pemikiran dan kematangan diri kita.

Mereka yang mampu menunjukkan kematangan dan kebijaksaan akan dihormati dan disayangi oleh masyarakat. Pada masa yang sama, menjadi contoh dan ikutan yang terbaik.

Ini adalah apa yang sebenarnya dikehendaki oleh Allah swt dan Rasul-Nya apabila Allah swt menyatakan, "Sesungguhnya, Allah swt bersama-sama dengan orang yang sabar." Dan juga, apabila baginda SAW berpesan untuk tidak marah dengan menyebutkan , "Jangan marah!" dan diulang sebanyak 3 kali.

Moga-moga Allah swt menjadikan kita orang yang matang dan bijak di dalam menghadapi pelbagai situasi.

Sedarilah, bahawa setiap apa yang berlaku adalah di atas kehendak dan ketentuan Allah swt. Kita sebagai hamba seharusnya menyedari hakikat ini dan akhirnya, menjadi seorang manusia yang mampu menunjukkan akhlak yang mulia serta ikutan yang baik buat ummat.

Wallahualam.


Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.