Alam Ini dan Sunnahnya.






Alam ini,

Telah diciptakan bersistem, dan diciptakan secara sistematik. 
Sistem tersebut kita panggil sebagai SUNNAH ALAM.

Sistem tersebut berlangsung seperti sebuah putaran, ataupun kitaran.
Ia akan terus berputar dan berpusing sehinggalah sampai masanya.

Di dalam pusingan tersebut, ia tidak boleh diusik walau sedikit pun, apatah lagi dialihkan dari tempat asalnya.

Gangguan kepada pusingan dan kitaran tersebut akan mengakibatkan berlakunya fenomena yang luar daripada kebiasaan, yang mana akhirnya tidak terjadi kepada fenomena tersebut melainkan kerosakan demi kerosakan sehinggalah berlaku kehancuran.

Disebabkan ia tidak berjalan mengikut kebiasaan.

Contoh yang mudah ialah planet-planet di angkasa lepas.

Planet-planet tersebut secara tabiatnya, akan berpusing mengikut orbit masing-masing.
Masing-masing tidak boleh walau sekali, untuk melalui putaran orbit planet lain. 
Kalaulah ada planet yang cuba-cuba tidak berputar melalui lingkarannya, nescaya akan berlagalah dengan orbit yang lain.

Lalu, apakah yang memelihara planet-planet tadi dari berlanggar dengan planet lain.
Secara asasnya, adalah apabila planet-planet tersebut, tetap dan terus berpusing di atas orbitnya.

Itulah sunnah yang perlu diikuti.
Dan kalau masing-masing cuba untuk buat kepala sendiri, nescaya masing-masing telah mengingkari sunnah yang sedia ada.

Dan, sunnah alam ini akan sentiasa ada yang menjaganya. Tidak lain dan tidak bukan, tentunya Allah swt.

Kita sebagai makhluk Allah swt juga hidup di atas kitaran sunnah alam ini. Dan, apabila sebahagian daripada kita melanggar sunnah tersebut, maka berlakulah sedikit-sebanyak pergeseran-pergeseran kecil yang mana, sebenarnya mengganggu kitaran tersebut.

Lalu, Allah swt dengan kasih-sayangnya, mengutuskan para nabi dan para rasul untuk membawa wahyu yang telah diamanahkan, untuk disampaikan kepada seluruh manusia.

Wahyu tersebutlah yang akhirnya membimbing manusia untuk mengimbangi perilaku mereka agar tidak melakukan perbuatan-perbuatan dan sikap-sikap yang boleh mengganggu-gugat ketetapan yang ada pada alam ini.

Dan, kerana itulah kemunkaran-kemunkaran yang dilakukan oleh para manusia di atas muka bumi inilah sebenarnya yang menjadi sebahagian dari punca yang menggangu kepada keseimbangan sunnah alam ini.

Pada masa yang sama, mereka yang terus tegak di atas jalan wahyu inilah sebenarnya merupakan golongan yang terus mengimbangi kitaran sunnah alam ini. 

Maka, mereka yang menyeru manusia untuk kembali kepada wahyu, bukanlah sekadar mereka yang bercakap kosong dan sekadar mengajak manusia untuk menjadi baik.

Namun, merekalah sebenarnya yang berusaha untuk menyelamatkan manusia dari sebarang bentuk ancaman yang akhirnya akan menghancurkan dan merosakan kehidupan ini.

Lihatlah, bagaimana orang yang mengingkari wahyu. Lihatlah bagaimana mereka hidup, bagaimana mereka makan dan bagaimana mereka berfikir.

Lihat pula bagaimana mereka yang menuruti wahyu dengan penuh jujur dan ikhlas, kehidupan dan kebahagiaan yang mereka kecapi.

Tentu sekali berbeza.

Namun, Ingatlah juga. Apabila berlakunya kehancuran, ia tidak akan mengira apakah kita dari kalangan mereka yang menuruti wahyu mahupun tidak.

Apabila datangnya azab Allah swt, ia pastinya akan mengena kepada semua pihak. Kerana, ia datang tanpa dapat dijangka.

Kerana itulah kita disuruh untuk menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kepada kemunkaran.

و اتقوا فتنة لا تصيبن الذين ظلموا منكم خاصة

maksudnya : takutilah suatu fitnah (bala bencana) yang mana, ia tidak akan sekadar menimpa kepada sebahagian daripada kamu yang berbuat kezaliman.



wallahualam.






Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.