Posts

Showing posts from December, 2015

Alam Ini dan Sunnahnya.

Image
Alam ini, Telah diciptakan bersistem, dan diciptakan secara sistematik.  Sistem tersebut kita panggil sebagai SUNNAH ALAM. Sistem tersebut berlangsung seperti sebuah putaran, ataupun kitaran. Ia akan terus berputar dan berpusing sehinggalah sampai masanya. Di dalam pusingan tersebut, ia tidak boleh diusik walau sedikit pun, apatah lagi dialihkan dari tempat asalnya. Gangguan kepada pusingan dan kitaran tersebut akan mengakibatkan berlakunya fenomena yang luar daripada kebiasaan, yang mana akhirnya tidak terjadi kepada fenomena tersebut melainkan kerosakan demi kerosakan sehinggalah berlaku kehancuran. Disebabkan ia tidak berjalan mengikut kebiasaan. Contoh yang mudah ialah planet-planet di angkasa lepas. Planet-planet tersebut secara tabiatnya, akan berpusing mengikut orbit masing-masing. Masing-masing tidak boleh walau sekali, untuk melalui putaran orbit planet lain.  Kalaulah ada planet yang cuba-cuba tidak berputar melalui lingkarannya, nescaya akan berla

Menyoroti Hakikat Pertembungan

Image
ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم قل إن هدى الله هو الهدى ولئن اتبعت أهواءهم بعد الذي جاءك من العلم ما لك من الله من ولي ولا نصير.   Dan tidak akan sesekali redha yahudi dan nasrani, sehinggalah engkau mengikut telunjuk (agama) mereka,  katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk,  dan kalaulah engkau mengikuti hawa nafsu mereka setelah datangnya kepadamu ilmu (kebenaran), maka tidak ada bagimu dari Allah pelindung mahupun penyelamat. --- Seandainya kita melihat dunia pada masa kini, pasti akan kita dapati, sedang berlaku sesuatu pertembungan yang berlaku secara tidak langsung. Seandainya kita sedar, sudah tentu kita akan nampak bahawa dunia setiap hari masih lagi diselubungi dengan pelbagai persaingan dan pertembungan. Pertembungan adalah PEPERANGAN. Itulah kalimah yang lebih mudah untuk kita memahami erti sebenar pertembungan yang dimaksudkan. Apabila disebutkan peperangan, nescaya apa yang terlintas pad