Kepentingan Niat yang Jelas.

Di dalam hadis Ar-Rasul SAW yang menceritakan berkenaan niat :

1.Islam mengajarkan kepada kita tentang keperluan dan kepentingan berkenaan KEJELASAN di dalam beramal terutama di dalam amal ibadah dan juga amalan kehidupan seharian.

2. Kesilapan niat mengakibatkan hasil yang tidak kesampaian.

3. Segala perkara yang berlaku meti ada kesannya yang perlu ditanggung sekalipun ianya terjadi secara tidak sengaja dan tanpa niat. Antara sebabnya adalah, ia tetap memberikan kesan kerana telah berlaku. Seperti kes bunuh tanpa sengaja.

4. Niat menentukan sah atau tidak sesebuah amal.

5. Ia juga membezakan satu amal kepada amal yang lain.

6. Ia juga menjadi bukti kesyumulan dan kesempurnaan Islam apabila sesuatu perkara yang baik diniatkan kerana Allah swt akan menjadi ibadah, seperti menumpangkan kawan pulang ke rumah dan sebagainya.

7. Di hujung hads tersebut, Allah swt mengajarkan kita melalui Ar-Rasul SAW bahawa, cabaran untuk mendapat niat yang ikhlas ada 2 iaitu, dunia dan wanita.

8. Oleh sebab itu dikatakan kepada kita bahawa, dunia adalah penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir.

9. Pada masa yang sama juga, ditekankan kepada kaum lelaki terutamanya untuk berhati-hati menghadapi ujian kaum wanita yang selalu menjerumuskannya ke lembah maksiat dan menyebabkan amalnya terhapus disebabkan perkara yang kecil iaitu tersalah niat.

10. Salahnya niat apabila kita tidak meng-ikhlaskan niat kita semata-mata kholisun lillah iaitu demi Allah swt, dan meletakkan dunia dan wanita sebagai niat utama dalam satu-satu tujuan.

11. Penutup, apabila banyaknya niat kita, banyaklah pahalanya. Jadilah saudagar niat.

12. Boleh jadi suatu amal yang kecil itu besar kerana niat dan boleh boleh jadi sesuatu amal yang besar itu kecil juga kerana niat.

wallahualam.

-intitpati kuliah hadis 40 Al-Fadhil Ust. Shuhaib Ar-Rumi di Masjid Taman Bukit Mutiara semalam.

#notahadis
#hadisniat
#arbainannawawi

https://telegram.me/kimilockman923




Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Pulang dan Kembali.