Nota Halaqah Family | Menjaga Hati dan Hubungan Kekeluargaan.





Alhamdulillah, selepas solat maghrib semalam dapat adakan sesi tazkirah bersama keluarga. Walaupun 5 minit, rasa macam dapat buat sesuatu berharga.
Apa yang saya kongsikan kepada keluarga selama 5 minit adalah perkara-perkara berikut :

1. Kita memang sedikit masa untuk duduk dan bermuhasabah diri untuk refresh semula iman kita setelah kita melalui kesibukan-kesibukan harian sehingga kadang-kadang kita terlupa tugas utama kita iaitu mengabdikan diri kepada Allah swt.

2. Hati kita sifat berbolak-balik dan tidak tetap. Ia boleh berubah-ubah dalam masa yang singkat. Sepertimana yang ditulis oleh Abu Ammar di dalam bukunya yang masyhur, al-Muntolak (Langkah Bermula),

"Hati ini berbolak-balik ibarat air mendidih yang sedang menggelegak. Namun pada masa yang sama, ia boleh reda dalam sekelip mata."

3. Apa-apa yang kita lakukan setiap hari akan mengesani hati kita. Samada melalui apa yang kita lihat, apa yang kita dengar dan apa jua yang kita lakukan.

4. Apabila hati kita terkesan dengan perkara-perkara yang baik, maka baiklah jiwa dan tubuh badan kita, akan tetapi sekiranya ia terkesan dengan perkara yang sebaliknya iaitu perkara yang buruk, maka nescaya akan rosaklah jiwa dan tubuh badan kita.

5. Umpama kereta, yang sepatutnya diisi dengan minyak, tetapi kita isi dengan benda yang tidak sepatutnya, macam air atau sebagainya, boleh jadi enjin kereta tu rosak atau hancur.

6. Macam tu jugaklah hati kita, yang sepatutnya dan selayaknya diisi baginya adalah... iman. Benda-benda yang selain iman, tidak layak untuk diisi dan diletakkan dalam hati. Perkara yang sama akan terjadi seperti kereta tadi jika ianya tidak diisi dengan perkara yang sepatutnya.

7. Point lain, keperluan kita untuk mensyukuri nikmat memiliki dan mengenal ahli keluarga yang sedia ada dan menganggap ia adalah anugerah terbesar dari Allah swt.

8. Ada orang hidup sebatang kara, tiada keluarga, malahan tidak kenal pun siapa ahli keluarganya, sehingga hidupnya terumbang-ambing kerana tiada tempat untuk bergantung harap.

9. Sebagai tanda kita bersyukur di atas nikmat tersebut, belajarlah untuk berlapang dada dan berkasih-sayang. Perkara tersebut dikira ibadah jika dipraktikkan kerana Allah swt sangat menyukai hamba-hambanya yang suka melebarkan kasih-sayang sesama makhluknya, apatah lagi dengan ahli keluarga.

10. Mungkin untuk sesi lain, cuba untuk lebih santai dan relaks. Maklumlah, bukan dengan siapa-siapa pun dengan ahli keluarga je.

11. Saya juga berpesan, tugasan membimbing ahli keluarga bukanlah tanggungjawab saya semata-mata yang memahami ilmu agama, tetapi juga sebenarnya tanggungjawab bersama setiap ahli keluarga.

Terima kasi ibu, ayah, angah dan alang yang sudi meluangkan masa mendengar celoteh dan tazkirah yang tidak seberapa dari along.

Mudah-mudahan kita boleh budayakan amalan seperti ini pada masa-masa yang akan datang.

wallahualam.

Mohd Hakimi Bin Lockman.
Fresh graduate Kuliah Syariah Islamiah,
Universiti Al-Azhar, Kaherah.


-------------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.