Ya Allah, Ya Tuhanku HambaMu merindukan Rahmat kasih sayangMu Dan jua keredhaanMu Dalam hidupku Meskipun ku ulangi dosa noda Yang menjanjikan azab sengsara Namun ku sedari KeampunanMu tidak bertepi Ku akui diri ini Hamba yang mungkir pada janji-janji Jadikanlah taubat ini yang sejati PadaMu Ilahi Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah, redhakanlah kehidupanku Moga terhapus penghijab kalbu Antara Kau dan aku Tuhan, Ku zalimi diri ini Andai Kau tak ampuni dan rahmati Alangkah ruginya diri Tuhan, Jangan Kau palingkan hati ini Setelah Kau beri hidayah Sesungguhnya Kau Maha Pengasih Lagu : iniAmin / Zamre Khan (Hijjaz Records) Lirik : iniAmin / Zamre Khan (Hijjaz Records) Penyusun Muzik : Trabye Penerbit : Faizal Osman Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd. Sumber : http://www.hijjaz.com.my Copy paste dari : Klik sini . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Sesungguhnya kita adalah hamba Allah swt...
Usrah. Halaqah. Smart circle. Bulatan gembira. Dan, apa-apa jua bentuk kumpulan perbincangan, ia akan menjadi sia-sia kalau tiada pendirian yang mampu dihasilkan. Serupa sembang kedai kopi sahaja. Hari ini, ramai orang menganjurkan usrah dan sambutannya bagi saya secara peribadi sangat menggalakkan. Kalau ditanya, "Nak usrah tak?" Pasti jawapannya secara majoriti menyatakan "Ya, saya mahu." Atau, "Ya, saya berminat." Namun, ada beberapa perkara pokok yang perlu diperhatikan dan dinilai semula. Soalannya : 1. Kenapa berminat nak join usrah? 2. Apa yang seronoknya usrah? 3. Kalau sertai usrah boleh dapat macam-macam ke? bla,bla,bla... Namun, perkara yang paling penting untuk kita faham adalah, "Adakah kita benar-benar memahami nilai dan peranan usrah itu sendiri?" "Adakah usrah itu, sekadar duduk di dalam sebuah bulatan dan melakukan perbincangan-perbincangan yang bersifat keagamaan semata-semata?" Soalan...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana memberikan kekuatan untuk menyambung siri pengenalan usrah kepada para pembaca yang mulia di luar sana. Part 1 untuk artikel "An Introduction About Usrah" boleh dibaca di link berikut : https://kimilockman.blogspot.com/2015/10/an-introduction-kepada-usrah-1.html *** Untuk artikel kali ini, saya belum berhasrat untuk menjawab persoalan yang saya lontarkan di akhir artikel bahagian pertama saya. Pada artikel kali ini, perkara yang minat untuk saya ketengahkan berkenaan usrah adalah, "Apa beza usrah dan majlis taklim atau majlis-majlis ilmu yang lain?" Bukankah di dalam usrah pengisiannya berupa penyampaian Islam. Kenapa tidak pergi sahaja ke majlis taklim atau majlis-majlis ilmu yang selalu diadakan di masjid dan di surau. Yang selalunya berlaku selepas maghrib atau selepas isyak dan disampaikan oleh ustaz-ustaz yang hebat dan bertauliah. Sidang pembaca yang saya muliakan. Ingin saya tegaskan yang per...
Comments
Post a Comment