Dakwah akan sentiasa berjalan.
Ada satu benda yang kita kena ingat dalam dakwah adalah, "Apabila kita tidak melakukan dakwah, akan ada orang lain yang akan buat kerja dakwah". Ya, dan saya meyakini perkara tersebut. Ingatlah, dakwah tidak akan pernah rugi apa-apa dengan ketiadaan kita, tetapi, kitalah yang rugi kerana tidak melakukan dakwah semasa kita masih hidup. Kalau kita tidak mencegah kemunkaran, ada orang lain yang akan mencegahnya, kalau kita tidak mengajak kepada kebaikan, akan ada orang lain yang melakukannya. Akan tetapi, bukanlah itu menjadikan alasan untuk kita melepaskan diri dari menggalas tugas menyampaikan dakwah. Sebaliknya, menyedari perkara tersebut seharusnya memberikan tamparan buat diri kita. Lebih-lebih lagi, jika kita sudah banyak membaca, banyak mempelajari Islam, selok-belok dakwah, mendengar ceramah dan menuntut ilmu, lalu kita membiarkan segala apa yang kita tahu itu berlegar-legar di dalam diri kita sahaja dan tidak menyampaikannya kepada orang lain. Kenapa ki...