#ERTIMERDEKA !
Tiada lagi penyataan yang lebih untuk mengertikan KEMERDEKAAN selain dari menyatakan bahawa kemerdekaan yang HAKIKI adalah merdekanya JIWA ini dari terbelenggu dari cengkaman dan belenggu hawa nafsu serta kecintaan kepada dunia. Kemerdekaan yang kita laung-laungkan saban tahun tidak akan bermakna andai HATI kita masih dipenjarakan oleh angkatan hawa nafsu yang kian masa berusaha menjatuhkan IMAN kita. Sekuatmana pun LAUNGAN kemerdekaan itu dicanangkan, namun andai yang merdeka itu hanya berbentuk lahiriah dan material, nescaya laungan itu hanyalah SIA-SIA! WAHAI UMMAHKU. WAHAI BANGSAKU. KEMERDEKAAN itu adalah apabila engkau meletakkan ISLAM itu yang TERATAS di atas segala bentuk kepentingan dan keuntungan. KEMERDEKAAN itu adalah apabila IMANmulah yang menguasai hatimu melebihi NAFSUmu. KEMERDEKAAN itu adalah apabila engkau berjaya melihat SAUDARA SEAGAMAMU itu seperti tubuh badanmu sendiri. Engkau menyayangi mereka sepertimana engkau menyayangi dirimu. KEMERDE...