Sekilas pandang akan kefahaman kita berkenaan IBADAH
Peringatan untuk diri sendiri. 1. Tidak salah untuk beribadah bahkan dituntut untuk memperbanyakkan amal ibadah sebagai bekal untuk menghadapi hari akhirat 2. Salahnya maksud ibadah apabila menghadkan ibadah hanya pada amalan yang berbentuk ritual semata mata . 3. Ibadah adalah tujuan sebenar kita diciptakan 4. Dengan ibadahlah yang membuktikan kehambaan kita kepada Allah swt. 5. Bukanlah ibadah yang menjadikan si pelakunya pemalas, sebaliknya, ia sebenarnya adalah sikap negatif yang menjadi tabiat seseorang. 6. Untuk mengubah diri , perlu bermula dengan mengubah hati. Maka, hati hanya mampu diubah apabila sentiasa dipelihara dan disucikan. 7. Hanya iman yang mampu memainkan peranan tersebut. 8. Banyak unsur yang boleh menjadi faktor yang menambah bekal iman. 9. Antara unsur yang terpenting adalah amal ibadah secara individu mahupun jamaie. 10. Sekiranya kita benar benar ikhlaskan niat ibadah kita semata mata kerana Allah swt, barulah kemanisan ...