Pilihan.
Setiap hari kita akan sentiasa berdepan pilihan demi pilihan. Tidur atau bangun. Mandi atau gosok gigi sahaja. Makan atau minum sahaja. Datang awal atau lambat. Ada sesetengah orang berpendapat, "Buat apa pilih kalau kita boleh buat dua-dua". Mungkin betul, mungkin salah. Tetapi, bukan setiap masa kita boleh melakukan dua perkara di dalam satu masa. Bahkan, multi-tasking pun menurut sesetengah pendapat mengatakan ia tidak akan menjadi produktiviti yang berkualiti. Maka, akhirnya, terpaksalah juga membuat pilihan. Selalunya timbul kekeliruan, disebabkan kita terpaksa atau merasakan suatu kemestian untuk melaksanakan dua atau tiga perkara serentak kerana kita mahukan perkara-perkara tersebut diselesaikan dengan segera. Seolah-olah tiada hari esok untuk kita, bagi menyiapkan perkara-perkara tersebut. Lebih parah adalah disebabkan kekeliruan yang berlaku, akhirnya kita mengambil jalan untuk berputus-asa dan tidak melakukan apa-apa. Saya percaya, diluar sana, ...