"kita kena menang ni !" Itulah biasanya lontaran perasaan setiap orang yang menyertai mana-mana pertandingan atau terlibat dalam mana-mana persaingan . Nyatalah , setiap insan yang normal pastinya akan sentiasa bercita-cita untuk mencapai apa sahaja yang diinginkannya . Kalaulah orang tu nakkan kereta , tentulah dia akan berusaha macammana cara sekalipun , asalkan dia dapat kereta tu . Kalau orang tu positif , dia akan kumpul duit, kerja siang malam, menabung dan banyak lagi . Tapi , kalau dia negatif dan berfikiran pendek , tentunya dia akan lalu jalan pintas sahaja . Samada curi atau tipu orang dan apa - apa sahajalah cara sekalipun, asalkan mudah tapi tak ikut syarak . Apa kena cerita pasal kereta dengan menang ni . Nak ceritanya kereta tu satu contoh yang besar . Biar kita berimpian besar . Tapi , apa kaitan dengan menang ? Di sini , apa yang saya nak tujukan sebenarnya disebalik perkataan kawan yang beriya-iya nak menang tadi tu , saya analogikan dengan kehenda...