Posts

Tabiat dan Hati.

Tabiat memang sukar diubah, namun hati boleh berubah. Tabiah memang susah nak ubah, namun hati mampu diubah. Tabiah memang payah nak ubah, namun hati akan sentiasa boleh untuk berubah dan dibentuk. Kemuncak kekerasan tabiat menurut 'ramai orang' adalah pada umur 40. (Berdasarkan sembang2 kosong). Akan tetapi, adakah bermakna manusia yang mencapai umur tersebut sudah tiada harapan untuk meninggalkan tabiat buruknya? Sebelum kita bercerita pasal orang yang dah sampai umur 40, kita lihat orang yang lebih muda. Maknanya orang yang lebih muda lebih mudah untuk berubah. Sebenarnya, bukan kita tidak mampu berubah. Tapi, kita yang putus-asa untuk berubah. Kita tidak pernah mengharap atau berusaha sedikit pun. Memanglah tabiat susah nak ubah, tapi kita ada satu mekanisme yang lebih besar di dalam membentuk perubahan manusia iaitu hati. Segala apa yang berlaku kepada hati akan mengakibatkan kesan kepada seluruh jiwa dan anggota tubuh badan manusia. Maka, perubahan tabi...

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1437h/2016

Image

Salam Merdeka 59!!

Image
Salam kemerdekaan! Ayuh bersama kita teruskan usaha mengekalkan kemerdekaan negara ini demi agama, bangsa dan negara yang tercinta. ikhlas dari , Mohd Hakimi Bin Lockman. telegram.me/kimilockman923 fb.com/kimilockmanblogs kimilockman.blogspot.com

Kepentingan Niat yang Jelas.

Image
Di dalam hadis Ar-Rasul SAW yang menceritakan berkenaan niat : 1.Islam mengajarkan kepada kita tentang keperluan dan kepentingan berkenaan KEJELASAN di dalam beramal terutama di dalam amal ibadah dan juga amalan kehidupan seharian. 2. Kesilapan niat mengakibatkan hasil yang tidak kesampaian. 3. Segala perkara yang berlaku meti ada kesannya yang perlu ditanggung sekalipun ianya terjadi secara tidak sengaja dan tanpa niat. Antara sebabnya adalah, ia tetap memberikan kesan kerana telah berlaku. Seperti kes bunuh tanpa sengaja. 4. Niat menentukan sah atau tidak sesebuah amal. 5. Ia juga membezakan satu amal kepada amal yang lain. 6. Ia juga menjadi bukti kesyumulan dan kesempurnaan Islam apabila sesuatu perkara yang baik diniatkan kerana Allah swt akan menjadi ibadah, seperti menumpangkan kawan pulang ke rumah dan sebagainya. 7. Di hujung hads tersebut, Allah swt mengajarkan kita melalui Ar-Rasul SAW bahawa, cabaran untuk mendapat niat yang ikhlas ada 2 iaitu, dunia dan wani...

Sementara Masih Sempat.

Image
Sementara masih ada masa untuk menulis pos-pos dakwah, TULISLAH. Sementara masih ada masa untuk design poster-poster dakwah, DESIGN-Lah. Sementara masih ada masa untuk buat lagu-lagu nasyid dakwah, KARANGLAH. Sementara masih ada masa untuk buat video-video dakwah, buatlah video dakwah. Sementara masih ada masa untuk uruskan blog, page, channel dan media dakwah, URUSKANLAH. Sementara masih ada masa untuk memahami selok-belok, asas dan fiqh dakwah, FAHAMKANLAH sebaiknya. Sementara masih ada masa untuk meningkatkan potensi untuk dakwah, BINALAH. Sementara masih ada masa untuk mencari dana infaq untuk dakwah, maka CARILAH. Sementara masih ada masa untuk berjumpa orang dan menyampaikan dakwah secara lisan, SAMPAI-SAMPAIKANLAH. Sementara masih ada masa untuk ALL OUT dalam dakwah, BERGERAKLAH. Ingatlah, dakwah tidak akan sampai jika kita tidak bergerak. Dakwah tidak akan sampai jika kita sekadar duduk diam. Dakwah hanya akan sampai apabila kita mengambil tindaka...

Nota Halaqah Family | Menjaga Hati dan Hubungan Kekeluargaan.

Image
Alhamdulillah, selepas solat maghrib semalam dapat adakan sesi tazkirah bersama keluarga. Walaupun 5 minit, rasa macam dapat buat sesuatu berharga. Apa yang saya kongsikan kepada keluarga selama 5 minit adalah perkara-perkara berikut : 1. Kita memang sedikit masa untuk duduk dan bermuhasabah diri untuk refresh semula iman kita setelah kita melalui kesibukan-kesibukan harian sehingga kadang-kadang kita terlupa tugas utama kita iaitu mengabdikan diri kepada Allah swt. 2. Hati kita sifat berbolak-balik dan tidak tetap. Ia boleh berubah-ubah dalam masa yang singkat. Sepertimana yang ditulis oleh Abu Ammar di dalam bukunya yang masyhur, al-Muntolak (Langkah Bermula), "Hati ini berbolak-balik ibarat air mendidih yang sedang menggelegak. Namun pada masa yang sama, ia boleh reda dalam sekelip mata." 3. Apa-apa yang kita lakukan setiap hari akan mengesani hati kita. Samada melalui apa yang kita lihat, apa yang kita dengar dan apa jua yang kita lak...

Tangguangjawab sebenar seorang akh.

Image
Tanggungjawab seorang akh, bukanla sekadar memahami sedalam-dalamnya segala macam bahan dakwah dan tarbiyah pada medan teori sahaja. Pada masa yang sama, hendaklah berusaha memahami maksud tersebut pada medan dan lapangan amal yang bersifat praktikal. Berkembangnya dakwah bukan dengan ramainya penuntut ilmu dakwah, tetapi, berkembangnya dakwah kerana ada orang yang melakukan dakwah dan menyebarkannya. fb.com/kimilockmanblogs