Iman dan Maksiat.
Sebuah hadis baginda Rasulullah SAW : (لا يزنى الزاني حين يزنى و هو مؤمن ، ولا يسرق حين يسرق و هو مؤمن) -متفق عليه- Mafhumnya bermaksud : "Tidaklah seseorang penzina itu ketikamana dia sedang berzina dirinya berada di dalam keadaan beriman. Dan tidaklah juga seseorang itu mencuri, dirinya berada di dalam keadaan beriman ketikamana dia sedang mencuri." Sidang pembaca yang budiman, Hadis di atas secara jelasnya menunjukkan kepada kita, bahawasanya iman memainkan peranan penting di dalam mempengaruhi akhlak dan keperibadian kita. Ia telah menyatakan kepada kita 2 situasi yang berbeza, namun berdasarkan punca yang sama, iaitu apabila terlucutnya iman. Situasi pertama menceritakan perihal seseorang yang melakukan dosa berzina dan situasi kedua pula menceritakan perihal seseorang yang melakukan jenayah mencuri. Berdasarkan apa yang baginda SAW nyatakan di dalam hadisnya, menjelaskan juga kepada kita, bahawa seseorang yang beriman dan juga memiliki iman yang benar, pastinya tidak ak...