Posts

Niat, Harapan dan Perubahan.

Image
Alhamdulillah, telah diberikan keizinan dan peluang oleh Allah swt, untuk memberikan sedikit suntikan dan perkongsian kepada tunas baru mahasiswa mesir berkenaan NIAT, HARAPAN dan PERUBAHAN. . . Suka juga untuk saya kongsikan di sini beberapa noktah dan rumusana daripada apa yang telah sampaikan semalam buat mereka yang tidak berpeluang untuk bersama : 1. Selalunya, ramai orang menyangka bahawa berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain mampu memberikan solusi akan perubahan dirinya. . 2. Akan tetapi, sebenarnya, perubahan diri itu bukanlah berlaku dengan sekadar berubahnya tempat yang kita tinggal atau barang yang kita gunapakai. . 3. Saya juga telah kongsikan beberapa kisah berkenaan hal ini. . 4. Antaranya ialah, kisah seorang lelaki yang datang dari jauh dengan harapan untuk berubah, lalu, gurunya menjawab : "Bukanlah dengan jauhnya berjalan kalau nak berubah, tapi dengan menundukkan hawa nafsu." . 5. Selain itu, saya juga kongsikan sebuah kisah d...

Lirik | Kemenangan Gaza (Fetya)

Image
Kemenangan Gaza [FETYA] Lagu: Muawwidz al-ansori Lirik: Ahmad Fuad Jamil Kemenangan detik dinantikan Kembalikan daya perlawanan Umat bangkit dari titis darah Dipersembahkan sebagai gantinya Itulah sunnah meniti perjuangan Terus perangi bukan perundingan Bukanlah Yahudi tepati perjanjian Akhirnya jua darah ditumpahkan Gaza Kau benarkan kata sabda Baginda Mukjizat Anfal dan At-Taubah menggegar Menggoncang musuh menghunus senjata Gaza Lambang perjuangan baris terdepan Umat terpilih menyonsong harapan Wakili umat untuk membebaskan Al-Quds yang mulia tanah yang tercinta *** Sumber : Facebook Page Fetya ( Link )

Hanya Amalan yang akan menjadi Sebaik-baik Teman.

Image

Ruh solat itu adalah hati.

Apa-apa jua perkara yang memberi kesan kepada hati, akan memberikan kesan kepada solat kita. Kerana segala macam natijah yang terhasil daripada solat, adalah bergantung kepada keadaan hati mereka yang solat. Keadaan hati seseorang itu akan sentiasa berubah-ubah bentuknya pada setiap masa dan setiap waktu. Kerana kepada ia mudah terpengaruh dan terkesan dengan apa jua yang dilakukan oleh anggota-anggota luaran seperti mata, telinga, hidung, mulut dan apa jua yang berada di sekeliling. Maka, seharusnya menjaga hati itu adalah dengan memelihara anggota kita dan sentiasa menggerakkannya pada arah dan tujuan yang mulia dan murni. Sekiranya hati ini sentiasa dipengaruhi oleh unsur-unsur yang baik dan suci, maka, ia akan terus-menerus hidup dan mengembang. Sebaliknya, andai ia dicemari dengan perlakuan-perlakuan yang tidak elok dan sia-sia, maka, kian hari ia akan mejadi semakin sakit dan akhirnya mati. Hati seseorang yang mati menjadi punca solatnya lalai dan kosong. Tidak khusyuk dan...

Di Sebalik Nilai Seseorang yang Berilmu Pengetahuan.

Image
Semakin tinggi ilmu seseorang, sepatutnya semakin dekat kepada Allah SWT. Di dalam al-Quran Allah SWT berfirman, إنما يخشى الله من عباده العلماء Mafhumnya bermaksud : Sesungguhnya , hanyalah yang benar-benar takut terhadap Allah SWT ialah para hambanya dari dalam kalangan ULAMA. Setiap hari, kita tentunya biasa mendengar bahawa ramai orang senantiasa berusaha untuk mengingatkan para manusia untuk senantiasa terus-menerus belajar dan menuntut ilmu sebanyak mungkin. Selagi ada masa dan kekuatan, selagi itu menuntut ilmu. Umat Islam tentunya faham secara jelas dan nyata, bahawa golongan yang memiliki ilmu tinggi di dalam ilmu agama, digelar sebagai seorang ulama. Bererti, apabila seseorang itu digelar sebagai seorang ulama, maka secara automatiknya fikiran akan menggambar sebuah susuk tubuh yang kaya dengan ilmu dan pengetahuan. Andai ditanya apa jua persoalan, mampu dijawab dengan mudah dan pantas. Andai bercakap di hadapan dan mengajarkan masyarakat, tentunya s...

Iman dan Maksiat.

Sebuah hadis baginda Rasulullah SAW : (لا يزنى الزاني حين يزنى و هو مؤمن ، ولا يسرق حين يسرق و هو مؤمن) -متفق عليه- Mafhumnya bermaksud : "Tidaklah seseorang penzina itu ketikamana dia sedang berzina dirinya berada di dalam keadaan beriman. Dan tidaklah juga seseorang itu mencuri, dirinya berada di dalam keadaan beriman ketikamana dia sedang mencuri." Sidang pembaca yang budiman, Hadis di atas secara jelasnya menunjukkan kepada kita, bahawasanya iman memainkan peranan penting di dalam mempengaruhi akhlak dan keperibadian kita. Ia telah menyatakan kepada kita 2 situasi yang berbeza, namun berdasarkan punca yang sama, iaitu apabila terlucutnya iman. Situasi pertama menceritakan perihal seseorang yang melakukan dosa berzina dan situasi kedua pula menceritakan perihal seseorang yang melakukan jenayah mencuri. Berdasarkan apa yang baginda SAW nyatakan di dalam hadisnya, menjelaskan juga kepada kita, bahawa seseorang yang beriman dan juga memiliki iman yang benar, pastinya tidak ak...

Hari ini mesti lebih baik dari semalam.

Beruntunglah siapa yang hari ini lebih baik dari semalam, Rugilah bagi sesiapa yang hari ini sama sahaja seperti semalam, Celakalah mereka yang pada hari ini lebih teruk dari semalam. Kata-kata di atas merupakan mafhum daripada sebuah hadis baginda SAW. *** Daripada apa yang telah disebutkan tadi, nescaya seorang manusia yang sihat akal fikirannya merasakan sesuatu perkara. Dia sepatut berasa seronok andai dia berjaya mencapai suatu kejayaan baru hari-harinya yang mendatang dan berasa sedih andai dia mensia-siakan hari-harinya yang berlalu. Seandainya, para muslim menyahut seruan ini, nescaya agama ini iaitu agama Islam, mampu mengembalikan kegemilangannya oleh kerana mutu dan kualiti ummatnya senantiasa bertambah baik dan berkembang maju setiap hari. Namun, masih tidak ramai lagi yang menyedari perkara ini secara hakikatnya.  Cabaran pada masa kini adalah apabila kebanyakan dari kalangan ummat Islam termasuk diri kita sendiri yang masih lagi mudah terhanyut dan dibuai keseronokan....