Posts

Showing posts from 2015

Alam Ini dan Sunnahnya.

Image
Alam ini, Telah diciptakan bersistem, dan diciptakan secara sistematik.  Sistem tersebut kita panggil sebagai SUNNAH ALAM. Sistem tersebut berlangsung seperti sebuah putaran, ataupun kitaran. Ia akan terus berputar dan berpusing sehinggalah sampai masanya. Di dalam pusingan tersebut, ia tidak boleh diusik walau sedikit pun, apatah lagi dialihkan dari tempat asalnya. Gangguan kepada pusingan dan kitaran tersebut akan mengakibatkan berlakunya fenomena yang luar daripada kebiasaan, yang mana akhirnya tidak terjadi kepada fenomena tersebut melainkan kerosakan demi kerosakan sehinggalah berlaku kehancuran. Disebabkan ia tidak berjalan mengikut kebiasaan. Contoh yang mudah ialah planet-planet di angkasa lepas. Planet-planet tersebut secara tabiatnya, akan berpusing mengikut orbit masing-masing. Masing-masing tidak boleh walau sekali, untuk melalui putaran orbit planet lain.  Kalaulah ada planet yang cuba-cuba tidak berputar melalui lingkarannya, nescaya akan berla

Menyoroti Hakikat Pertembungan

Image
ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم قل إن هدى الله هو الهدى ولئن اتبعت أهواءهم بعد الذي جاءك من العلم ما لك من الله من ولي ولا نصير.   Dan tidak akan sesekali redha yahudi dan nasrani, sehinggalah engkau mengikut telunjuk (agama) mereka,  katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk,  dan kalaulah engkau mengikuti hawa nafsu mereka setelah datangnya kepadamu ilmu (kebenaran), maka tidak ada bagimu dari Allah pelindung mahupun penyelamat. --- Seandainya kita melihat dunia pada masa kini, pasti akan kita dapati, sedang berlaku sesuatu pertembungan yang berlaku secara tidak langsung. Seandainya kita sedar, sudah tentu kita akan nampak bahawa dunia setiap hari masih lagi diselubungi dengan pelbagai persaingan dan pertembungan. Pertembungan adalah PEPERANGAN. Itulah kalimah yang lebih mudah untuk kita memahami erti sebenar pertembungan yang dimaksudkan. Apabila disebutkan peperangan, nescaya apa yang terlintas pad

Percaya.

Image
If you can see, you can believe. NO NO NO ! If you can believe, you can see it. --- Kalau kita mampu percaya, akhirnya kita pasti kita akan mampu untuk melihat hasil yang kita percaya selama ini, kita mampu lakukan. Jangan kita kelirukan diri kita, dengan pencapaian yang pernah kita capai dan lalu. Buatlah apa yang percaya, kita mampu lakukan. Kita sebenarnya, mampu melakukan lebih daripada apa yang kita mampu. Pisahkanlah daripada siapa diri kita, dan apa yang kita ingin lakukan. Dari situ, barulah datangnya kekuatan.  Kita tidak boleh mengalah dan mengaku kalah. Kita kena ingat, kalaulah mudah, pastinya semua orang mampu melakukannya.  Sebab itulah susah, supaya yang benar-benar mahu sahaja yang sanggup melakukannya dan dapat. Jangan bertangguh. Buat sekarang.  Masa tidak akan menunggu kita. Tidak pedulilah, tiada orang yang mengiktiraf. Tidak kisahlah, kita sakit atau tidak sihat. Tidak mengapalah, banyak kekangan dan halangan. ASALKAN KITA PERC

Kejayaan.

Image
ia bergantung kepada macamana kita definisikan. kejayaan tidak akan bermakna kalau kita tidak pernah melalui kesakitan, kesusahan, kepayahan, juhud, struggle. kerja keras kita yang menentukan maksud kejayaan kita. apa maksud kejayaan kita mencapai sesuatu kalau tiada pengorbanan yang kita kerahkan? apa ertinya, kalau kita dapat semua benda dengan mudah? sakit? penat? letih? memang itu harga yang perlu dibayar. kalaulah senang, semua orang boleh buat. kalaulah senang, tidak akan berhargalah apa yang kita dapat tu. sekarang, PERCAYA. kesanggupan kita meletakkan diri ke dalam kesusahan adalah suatu jaminan bahawa kita akan mencapai sebuah kejayaan. sebab apa? sebab ia berbaloi. hiduplah dengan penuh matlamat dan impian. tanpa ragu, KEJAR!

Jangan Harapkan Orang Lain !

Image
Kitalah yang seharusnya mengepalai usaha untuk mencapai impian kita. Kita tidak perlu pun untuk mengharap akan ada orang yang mampu datang kepada kita untuk membangunkan impian kita. Seharusnya, kita percaya bahawa kita mampu lakukannya. Kita percaya, kita mampu mencapai apa yang kita idam-idamkan.  Kita jangan membataskan usaha kita untuk mencapai apa yang kita mahu. Kita seharusnya keluarkan sepenuh usaha dan tenaga kita untuk mencapai apa yang kita inginkan. Habiskanlah, seluruh masa yang ada untuk usaha tersebut! Kalau kita kita benar-benar merasakan itulah impian kita, seharusnya kita tidak sempat untuk merasa lemah semangat dan putus-asa untuk mencapainya. Yang penting, kita benar-benar berani bermimpi dan berani menghadapi segala halangan untuk mencapai impian kita. Janganlah ragu-ragu atau teraga-agak ! Ingatlah, impian kitalah merupakan daripada sebahagian perkara yang menjadikan kehidupan kita, berharga dan bermakna.  Apa gu

Quote | Berkenaan Kata-kata Kesat.

Image
Ustaz Nouman Ali Khan mengatakan : "Sebahagian orang yang tidak mempunyai kematangan dan kepintaran, lebih memilih untuk mengeluarkan kata-kata kesat berbanding kata-kata yang baik di dalam mengekspresikan perasaan mereka." Sesungguhnya, setiap langkah dan tindakan yang kita pilih adalah cerminan kepada tahap pemikiran dan kematangan diri kita. Mereka yang mampu menunjukkan kematangan dan kebijaksaan akan dihormati dan disayangi oleh masyarakat. Pada masa yang sama, menjadi contoh dan ikutan yang terbaik. Ini adalah apa yang sebenarnya dikehendaki oleh Allah swt dan Rasul-Nya apabila Allah swt menyatakan, "Sesungguhnya, Allah swt bersama-sama dengan orang yang sabar." Dan juga, apabila baginda SAW berpesan untuk tidak marah dengan menyebutkan , "Jangan marah!" dan diulang sebanyak 3 kali. Moga-moga Allah swt menjadikan kita orang yang matang dan bijak di dalam menghadapi pelbagai situasi. Sedarilah, bahawa setiap apa yang berlaku adala

Air Mata Keinsafan

Image
Air mata keinsafan Yang mengalir di malam sepi Inilah dia pelembut jiwa Bagi mendapat kasih Ilahi Rintihan di pertiga malam Dari seorang hamba yang dhoif Kerna mengenang segala dosa Moga mendapat keampunan dari Ilahi Setiap kekasih Allah Menempuhi jalan ini Untuk mereka memiliki kejayaan Ayuh bersama kita susuli Perjalanan kekasih Allah Agar kita tiada rugi Dalam meniti hidup ini Deraian air mata ini Titisan yang paling berharga Buat menyimbah api neraka Moga selamat di titian Sirat Bahagia menuju syurga abadi Lagu : The Zikr Lirik : Nazrey Johani Hakcipta : OVA Productions Pos asal : ( klik sini )

Penghapus Dosa.

Image
"Jika telah banyak DOSA seorang hamba itu, lalu tiada suatu AMAL (yang dilakukan) pun yang mampu menghapus dosa tersebut, nescaya Allah swt akan campakkan KESEDIHAN, KEGELISAHAN kepada dirinya, lalu terhapuslah dosa-dosanya."   -maksud hadis. Rujukan : Islamweb Library (klik sini)

Teliti.

Meneliti bukanlah bertujuan mencari kesalahan. Meneliti bererti memahami dengan jelas setiap apa yang berlaku. Secara terang mahupun tersorok. Ketelitian menunjukkan keseriusan melakukan sesebuah pekerjaan. Penat sekejap meneliti lebih baik daripada menanggung kerugian yang panjang kerana cuai dan melakukan kerja dengan sambil-lewa. Melakukan kerja dengan teliti menjadi bukti keikhlasan dan kejujuran. "Sesungguhnya, Allah swt menyukai seseorang hamba yang apabila dia melakukan pekerjaannya, dia tekun". (Maksud Hadis)

An Introduction About Usrah. #1

Image
Usrah. Halaqah. Smart circle. Bulatan gembira.   Dan, apa-apa jua bentuk kumpulan perbincangan, ia akan menjadi sia-sia kalau tiada pendirian yang mampu dihasilkan. Serupa sembang kedai kopi sahaja. Hari ini, ramai orang menganjurkan usrah dan sambutannya bagi saya secara peribadi sangat menggalakkan. Kalau ditanya, "Nak usrah tak?" Pasti jawapannya secara majoriti menyatakan "Ya, saya mahu." Atau, "Ya, saya berminat." Namun, ada beberapa perkara pokok yang perlu diperhatikan dan dinilai semula.  Soalannya :  1. Kenapa berminat nak join usrah? 2. Apa yang seronoknya usrah? 3. Kalau sertai usrah boleh dapat macam-macam ke? bla,bla,bla... Namun, perkara yang paling penting untuk kita faham adalah,  "Adakah kita benar-benar memahami nilai dan peranan usrah itu sendiri?" "Adakah usrah itu, sekadar duduk di dalam sebuah bulatan dan melakukan perbincangan-perbincangan yang bersifat keagamaan semata-semata?" Soalan

Bertangguh

Image
"Aduh, menyesal aku tak buat awal-awal. Masak aku. Kalau aku tau jadi macamni, patut aku dah buat 2 hari lepas dah. Aduhai..." ---- Inilah antara dialog yang biasa akan timbul kalau kita sudah terlambat dan tiada masa yang cukup untuk menyelesaikan sesuatu kerja yang sebenarnya sudah diberikan lebih awal. Sidang pembaca yang dikasihi, Pernah saya bertanya dan tertanya-tanya,  "Bagaimana caranya untuk mengubati penyakit sebegini?" Bertangguh, malas dan lambat. Kesimpulan yang saya dapat daripada beberapa respon adalah : Apabila kita tidak merasakan kerja kita itu PENTING . Itulah yang menjadi sebab kita suka bertangguh dan melewat-lewatkan kerja kita.  Kenapa kita tidak rasa kepentingan kerja tersebut? Tidak lain dan tidak bukan apabila tempoh yang diberikan, panjang dan lama. Seharusnya kita faham, sesuatu kerja yang diturunkan kepada kita pada jarak waktu yang lebih awal dari waktu yang diperlukan untuk diselesaikan merupaka

Terus-terang.

Image
Kejujuran selalunya menghiburkan, walaupun ianya pahit untuk ditelan,    Sedangkan penipuan itu pula selalu mengguriskan, sekalipun disolek secantik-cantiknya. Apa lagi yang perlu disorokkan, Kalau ia sudah terang dan nyata. Apa lagi yang perlu disimpan, Kalau hanya menjadi luka. Hiduplah atas jalan yang jelas. Tanpa ragu dan syak wasangka. Pahit yang sekejap, Lebih baik daripada parut yang selamanya menghodohkan.

Salam Aidiladha 1436h.

Image
Salam Aidiladha 1436h! Eid Mubarak. Eid Saied. Eid bi barakatillah wa rahmatuhu. Semoga kehadiran eidul adha pada tahun ini mampu mendidik kita untuk menghayati harga dan nilai sesebuah pengorbanan. Dari pengorbanan, terbuktilah ketaatan. Iaitu, ketataan kepada Allah SWT. Tidak diangkat darjat seorang hamba itu, melainkan kesanggupan ia untuk mengorbankan kehendak nafsunya demi meraih keredhaan dari Allah SWT. Itulah apa yang telah dilalui dan dilakukan oleh para anbiya yang terdahulu. Di dalam melakukan pengorbanan, Nabi Ibrahim As telah dipilih oleh Allah SWT menjadi simbolik bagi nilai dan sikap sebegini. Kalau tidak kerana kesanggupan baginda As, nescaya kita tidak kenal erti pengorbanan sebenar. Pengorbanan yang akhirnya memandu kita menuju kepada kasih sayang dan rahmat Allah SWT.                                                                       Salam eiduladha. Kullu sanah wa entum bi khair.